BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Wednesday, April 7, 2010

Segitiga Bermuda~sampai bila nak jadi misteri??



korang pernah dengar pasal segitiga bermuda tak??
dari aku kecik lagi segitiga bermuda ni memang popular...
memang realiti seram terbaek lah tapi apa kebenda segitiga bermuda ni?
ok jom baca ni kejap

"Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. "

ok untuk informasi korang antara yang pernah hilang dekat sini ialah Flight 19
gambar dia ada dekat bawah ni (ni gambar betul tau bukan memain)

"Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 Disember, 1945 di atas perairan Lautan Atlantik. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal."

ok selain itu antara yang turut hilang di segitiga bermuda ni ialah The USS Cyclops (kapal yang dekat bawah nie, besar tak besar kapal ni?? macam mana bole hilang macam tu je dekat laut.kot kapal kecik macam sampan tu mau lah juga percaya dia karam ke apa kan

"Kemalangan ini menyebabkan kehilanggan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ia bermula apabila USS Cyclops dibawah arahan Lieutenant Commander G. W. Worley, hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918, selepas berlayar daripada Pulau Barbados"


ok jom baca lagi sedikit info pasal segitiga bermuda ni

"Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular.
Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya."

mungkinkah macam gambo dekat bawah ni kapal tersebut ditelan segitiga bermuda...mmm sadisnya..




ok yang dekat bawah ni ada sedikit fakta mengenai segitiga bermuda ni

"Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil dalam Segi tiga Bermuda, melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Dalam buku lognya, bertarikh 11 Oktober 1492 "

macam-macam teori dah di buat..ada alien lah..hantulah


tetapi didalam pelbagai spekulasi yang dibuat sebenarnya beberapa kajian telah dibuat dan fakta yang boleh dikaitkan telah ditemui antaranya :

1.Hidrat Metana
Ujian makmal yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model kapal berskala dengan mengurangkan ketumpatan air dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh Arus Teluk.
Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala (kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur") mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan apungan yang mencukupi bagi kapal. Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda.

2. Hurikan
Hurikan adalah ribut yang amat kuat yang berasal dari Atlantik berhampiran khatulistiwa, dan berdasarkan sejarah telah bertanggung jawab bagi kehilangan beribu-ribu nyawa dan kerosakan bernilai berbilion dolar. Penengelaman armada Sepanyol Francisco de Bobadilla pada 1502 merupakan rekod pertama mengenai kemusnahan hurikan.

3.Arus Teluk
Arus teluk merupakan arus laut yang berasal dari Teluk Mexico, dan merentasi Selat Florida, ke lautan Atlantik Utara. Pada asasnya, ia merupakan sungai di laut, dan sebagaimana sungai lain, ia mampu dan membawa objek terapung. Kapal terbang kecil yang mendarat di air atau bot yang mengalami kerosakan enjin akan di bawa lari dari kedudukan dilapurkannya oleh arus, sebagaimana yang berlaku kepada kruiser kabin (cabin cruiser) Witchcraft pada 22 Disember 1967, apabila ia melaporkan kerosakan enjin berhampiran boya penanda satu batu (1.6 km) dari pantai Miami , tetapi tidak kelihatan apabila bot Pengawal Pantai tiba di sana..


ok sebenarnya kalau nak diikutkan banyak lagi teori yang melibatkan segitiga bermuda ini tapi kalau nak belek satu persatu memang sampai esok pun tak habis..apa-apa pun sampai sekarang segitiga bermuda ni masih lagi misteri...hmmm
tapi bagi aku pulak tulah keajaiban ciptaan Allah...ada yang tersurat & tersirat..sekian
hanya nak kongsi ilmu
sumber dari pakcik google & wikipedia yang baik hati.

6 pengOmen ter..sayanG:

~LP Lum~ said...

salam~

hehehe... thanx eik sbb sudi kongsi akan maklumat mengenai segitiga bermuda nie.. :)
terlalu byak misteri akan kewujudan nya... :)

cEro said...

mmg takde sape yg selamat keluar dr sana ke??
misteri...

manna_salwa said...

inilah namanya kuasa Allah..
bergantung mcm mana kita tafsirkan..
misteri mmg misteri..
wallahualam...

paij188 said...

dah dengar jugak macam2 dr dulu, tapi tah mana satu yng betul. yang paling lojik masa nengok Discovery Channel dulu, ade related ngan magnetic field or something la..

.::WaNiE::. said...

eh pun suke nak tau pasal segitiga bermuda ni

mcm interesting sangat

iQapiQa said...

sonok bce n3 ni..
tq 4 da info sharing

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails