BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Monday, March 27, 2017

super duper senior

Super duper senior~~

wah empat tahun berlalu dengan cepat, ya sangat cepat....
bila aku dah kat sini,
baru aku sedar
aku dipenghujung sudah
perasaaan bercampur baur


ini satu perjalanan yang indah
terima kasih Allah sebab beri aku peluang ini
tak pernah satu nikmat atau duka yang kau beri tanpa sebarang kebaikan
seperti biasa
aku
nak tulis entri pun macam tulis syair
panjang mendayu-dayu

well that me

apa yang pasti hari ni aku seperti biasa penuhi hari-hariku dengan penuh produktif!!!

so proud of myself (ish ish riak amalan saiton)

kelas : 11 pagi - 6.30 petang
shopping :6.30- 7.00
youtube :7.00-8.00

kelas

actually

tak ada benda menarik pun nak cerita tentang kelas
just tak sempat nak makan macam biasa
makan coklat
but still able to concentrate in ma class
ok...ok to be honest
actually kelas last tu dah pegi korea dah
sebab tiada tenaga nak beri tumpuan lagi

then 

ada sorang budak baek ni ajak aku shopping

sebenarnya macam menarik juga idea tu

jadi dengan masa yang singkat kita orang buat 
hurricane shopping~~~

dalam masa 30 minit tu aku berjaya grab beberapa item yang memang menjadi peberet aku dari dulu lagi

tadaaaaa!!!!



 i have :

1. Bye bye stressful Eyes
2. Bye bye panda eyes
3. Bye bye Dehydrated eyes

murah je sebenranya benda ni. dalam bawah RM 2.00 dah boleh dapat, i not very sure effect dia tapi yang pasti aku rasa refresh after long day

so uoll boleh lah try nanti okay.

nak buat pembetulan sikit kat sini sebenarnya tu bukan tangan aku

tapi tangan bff aku yang salah satu hobi dia ambik gambar aku rasalah

so sementara dah sebut-sebut dia tu
nak bagi tahulah dia ni ada blog juga 

jadi sila-silalah follow and visit blog dia, wokey!!!

actually tulisan-tulisan dia yang hipster tu menarik untuk dibaca
so visit dulu baru tahu menarik ke idok uoooll

kat sini ada link blog dia boleh klik dibawah ini

CHILLEX

gempak tak gempak nama blog dia

You will not be disappointed

trust me

oklah itu sahaja untuk ketika ini
jumpa lagi

nurul musa








Wednesday, November 16, 2016

16 November 2016

Dear diary,

what a nice date ~~16/11/2016, tak percaya tapi tulah hakikatnya aku masih menulis walau hanya setahun sekali.
Blog ini banyak sekali nilai sentimental.
Blog ini saksi jatuhnya diri ini.
Blog ini juga saksi aku bangun dan bangkit kembali walau perit.
Blog ini saksi bagaimana dewasanya nurul huda.
Kelakar bila diingat kembali bagaimana melalui blog ini juga aku luahkan segala jerih yang terbuku di hati tanpa prejudis.kerana aku bukan orang yang mudah melontarkan suara. bukan kerana aku pendiam tapi bagiku diam adalah jalan terbaik agar tiada hati yang terluka.Ya aku dah buat yang terbaik.Bagus nurul!!. Fasa-fasa tekanan yang aku lalui hampir ke penghujungnya. ribut yang melanda nampaknya semakin pergi dan aku sudah mula belajar bagaimana untuk tersenyum. walaupun hasilnya kekok. dan ya aku sudah semakin sihat. sakit-sakit yang melanda diri sudah makin hilang.aku sudah nampak sinar dihadapan tapi....sejujurnya aku takut untuk terus kehadapan. aku takut ribut melanda bahkan lebih kuat dari sebelumnya. aku bimbang jika berlaku lagi aku takkan mampu hidup.tapi sebelum aku sampai ke penghujung tersebut akan ku nikmati perjalan ini sebaik mungkin.aku mula berani menolak kabus yang menutup mata.aku mula melihat insan-insan keliling aku. bukankah itu permulaan yang baik?
aku mula belajar tentang mereka, kenapa? mengapa? kegembiraan mereka,kesusahan mereka.everthing.it nice untuk buka mata dan lihat keluar. jadi perkara terbaik yang perlu aku lakukan sekarang adalah jangan fikir apa yang akan berlaku esok tapi fikir apa yang perlu aku lakukan sekarang : )

nurul musa

Tuesday, November 15, 2016

Kaca Mata, Mata Hati

Kaca mata , mata hati


kehidupan dari sudut pandangan setiap manusia didunia ini berbeza
kenapa berbeza?
ada yang melihat melalui kaca mata kaya, ada yang melihat dari kaca mata miskin
manusia berbeza dari segi status, taraf, gaya hidup, cara pemikiran
itu hakikat
tak semua mampu melihat dengan kanta kaca mata yang sama, tak semua mampu melihat terus dari mata hati
ada yang merasa hidup di realiti tetapi hakikatnya itu mimpi
ada yang hidup dalam mimpi , namun kenyataannya itu mimpi
jika mimpi mengapa tidak bangun dan jaga dari mimpi?
takut?
ya takut kerana gagal melihat dari mata hati
bahawa realiti walau pahit itu yang harus kita telan
dan hanya dengan itu kita mampu untuk terus bermimpi

nurul musa
15 nov 2016

Friday, December 25, 2015

Ku rasa



Ku rasa hilang

Ku rasa gelap
Ku rasa lumpuh
Aku ingin bangun
Tapi gagal
Ku cuba
Ku rasa
Kembali gagal
Alam bantu aku
Ku rasa malu pada hidup
Senyap
Gagal bertutur
Aku
Hanya senyum
Melihat dunia berputar
Dalam gelap
Tangis sendu bagai irama
Teman lenaku
Sepanjang malam
Masih aku harap
Gelapkan hilang
Ganti cahaya
Agar aku mampu
bangun

semula

nurul ladyana

Monday, December 7, 2015

Dunia ini pinjaman~~

Dunia ini pinjaman
tiada yang abadi
tiada yang sempurna
tiada yang selamanya

selagi bernafas
selagi ada kudrat
selagi termampu
nikmati seadanya

kerana mungkin esok
mungkin lusa
mungkin aku sudah tidak berdaya
mungkin tamat perjanjian

terasa tubuh makin lemah
kurenung wajah lihat kian pudar
satu persatu nikmatku ditarik

kerenung lantai dinding
kosong
harap aku
puas berbakti
harap aku
kuat berjuang
harap aku
tabur sayang

apa yang tinggal hanya
secebis semangat
buatku kuat di hari mendatang
agarku paham takdir ini

tidak pernahku kesal
walau secebis kisah
dan duka
ku bersyukur
diberi peluang
bernafas
walau seketika

nurul ladyana


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails