BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Saturday, December 5, 2015

walking~berjalan

dah dua hari sebenarnya kereta ni buat hal
tapi disebabkan saya ni bukanlah insan yang nak menyusahkan orang, maka berdikarilah ya cik nurul.
pagi pagi dah berazam nak pegi cari bengkel keter yang boleh menghidupkan kembali mr gold saya.bertabahlah mr gold bantuan akan tiba untuk hidupkan awak balik..:(((
akhir tepat pukul 7.30 pagi saya dan ibu pun berjalanlah perlahan-lahan. bila pikir balik mungkin ada hikmahnya kesusahan kita, mungkin Allah nak suruh kita bersenam bagi keluar peluh, maklumlah asyik sibuk dengan belajar ja tak pikir diri sendiri
disinilah saya perasaan banyak benda
1. jalan pagi-pagi ni besh dapat hirup udara nyaman, lagi-lagi saya duduk dikawasan yang banyak gunung ganang, kabus ala- ala cameron highland
2. bila kita jalan barulah kita perasan apa yang ada disekeliling kita contoh "eh sejak bila ada menda ni?" (padahal benda tu mmg dah ada sejak awal lagi)
3. dapat masa yang berkualiti bila dapat berbual dengan ibu, selalu kat rumah teperap aje dalam bilik
4. hargai apa yang kita ada, ada orang kenderaan pun tak ada, hari-hari berjalan kaki, kesian kan? jadi time macam ni baru kita paham kesusahan orang

dan banyak lagi...

tapi apapun bila nak jalan macam ni kena bersedia dari segi keselamatan

1. ganguan anjing (jangan tunjuk muka kita takut dengan dia,kita kena tunjuk muka confiden. bawalah payung yang panjang sebagai langkah keselamatan)
2. kereta yang drive macam kat formula one, jadi pastikan kita berjalan di tempat yang selamat
3. berjalanlah bertentangan dengan kenderaan, agar senang kita nak agak kelajuan kereta. kalau kereta dari belakang kita mana tau apa jadi an
4. beware ngan peragut, pastikan bawak beg yang tak menonjol sangat.

dan akhirnya setelah berjalan lebih kurang sejam sampailah ke bengkel (lain kali simpan nombor bengkel tu, dahlah awok sebatang kara.senang).tapi pelik lah juga perlahan sangat ke saya jalan? sebab kalau naik keter 10 minit dah sampai tempat tu ish ish


ok kat sini nak share juga manfaat berjalan kaki (contoh yang telah saya buat iaitu selama dua jam~terharu dengan diri sendiri);

1.baik untuk JANTUNG(ni mmg sesuai dengan saya, sebab ada orang cakap mungkin jantung saya ada masalah hahaha)
2.baik untuk tambah oksigen dalam badan
3.baik untuk diabetis
4.kurang berlakunya kecederaan daripada senaman yang lain

sekian sahaja dari saya
nurul ladyana

selamat berjalan

0 pengOmen ter..sayanG:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails