BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Thursday, May 13, 2010


kepala terasa pening
badan melayang-layang
jalan pun terasa malas
pejalanan masih panjang...

rasa tak larat pulak.....

mana pergi kekuatan semalam..

Wednesday, May 12, 2010

berbekalkan 10 minit maka terhasilah sebuah ceritera...engkau adalah cinta

didedikasikan untuk seseorang

puisi ini tentang seseorang
tentang sebuah cerita
tentang cinta
awan begerak perlahan
mentari bersinar lembut
pepohon tertiup tenang
jari mula bertari riang
hatiku berbunga
jiwaku dansakan lagu pesta
engkau hadir
jiwa kembali berteman jasad
tiada lagi denyut lemah nadi
wajah pucatku mengalir darah

engkau adalah cinta
engkau sesuatu yang hilang dulu
engkau adalah seseorang
hidup mati hanyalah cintaku
engkaulah cinta
raut keras wajah pahlawan
halus tulus cinta jiwamu
hanya untukku....
hanya satu yang kau tawar
bahawa engkau adalah cinta
inilah kisah tentang sebuah cinta
kisah perjuangan yang masih panjang.......


p/s:berbekalkan 10 minit & permintaan dari seseorang..dengan sepenuh jiwa hati dan perasaan maka terhasilah "engkau adalah cinta" (dah kenapa ko jiwang sangat hari ni cik nurul?)

bila mata dah mengantuk mulalah jiwa jadi jiwang


aku ingin jadi seperti burung
terbang ke awan yang unggu
menari sana ke mari
penuh riang ria

aku ingin jadi seperti burung
berarak berkawan bintang
jelajah dunia tanpa bimbang

aku ingin jadi seperti burung
terbang dari semua hinggar
ke benua yang damai tenang

andai saja aku seekor burung....
tapi hakikatnya
sedarlah insan.....
impian itu sekadar magika imaginasimu

p/s: kesimpulannya...apa kaitan burung ngan kucen? (garu kepala)

adik mia sara @ amani (adamaya tv3) yang sanggatttt cute

Miasara
waktu pagi kau sinari hidup ini
bangun papa bangun mami
kau sebut di telinga kami
satu hari kau kan pergi
tinggal kami bersendiri
walau apa kan terjadi
kau tetap akan kami cintai

ohh.. miasara tidur lah
kamikan bersama mu
dibuai mimpi nan indah
dan doa papa dan mama mu
tidur lah miasara
tidur lah miasara
tidur lah

miasara
yang pertama anugerah terutama
senyuman mu belai jiwa
pengubat hati yang lara
tuhan lindungi permata
selamatkan sentiasa
dari duka di dunia
akan kita hadapi bersama
rambut mu mata mu bibir mu hati mu
senyum mu tawa mu di hatiku selalu

ohh.. miasara tidur lah
kasihani mama mu
kerana dia menunggu
untuk bersama bapa mu
tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah

tidurlah miasara
tidurlah miasara
tidurlah miasara
hooo.. tidurlah

adik mia yang sangggggat cute..suka sangat tengok keletah dia dekat adamaya tv3 tuuuu
nak tengok lagi gambar2 yang cute!!! meh kita terjah facebook adik mia...disini
mia SARA
p/s:kan besh ada anak secomel mia hehehehe(kawin pun belum nak anak!!!)

Tuesday, May 11, 2010

ini bukan syair,nak kata puisi pun bukan,pantun lagilah jauh ...


kenapa berhenti...
tika hujan sedang mengila..
sedarlah hujan tak akan menjadi salju

kenapa berhenti
jika bulan yang engkau damba
kerana
mentari belum pasti mahu menyinari

kenapa berhenti
kala impianmu menggapai bintang
tapi dirimu masih membeku

kenapa berhenti
kenapa
kenapa...
teruskan berjalan
walau mungkin langkahmu perlahan
walau mungkin jalan didepan masih kelam

p/s:ye lah dah lampu merah kenalah berhentikan...nanti kena saman pulak haish

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails