BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Wednesday, November 16, 2016

16 November 2016

Dear diary,

what a nice date ~~16/11/2016, tak percaya tapi tulah hakikatnya aku masih menulis walau hanya setahun sekali.
Blog ini banyak sekali nilai sentimental.
Blog ini saksi jatuhnya diri ini.
Blog ini juga saksi aku bangun dan bangkit kembali walau perit.
Blog ini saksi bagaimana dewasanya nurul huda.
Kelakar bila diingat kembali bagaimana melalui blog ini juga aku luahkan segala jerih yang terbuku di hati tanpa prejudis.kerana aku bukan orang yang mudah melontarkan suara. bukan kerana aku pendiam tapi bagiku diam adalah jalan terbaik agar tiada hati yang terluka.Ya aku dah buat yang terbaik.Bagus nurul!!. Fasa-fasa tekanan yang aku lalui hampir ke penghujungnya. ribut yang melanda nampaknya semakin pergi dan aku sudah mula belajar bagaimana untuk tersenyum. walaupun hasilnya kekok. dan ya aku sudah semakin sihat. sakit-sakit yang melanda diri sudah makin hilang.aku sudah nampak sinar dihadapan tapi....sejujurnya aku takut untuk terus kehadapan. aku takut ribut melanda bahkan lebih kuat dari sebelumnya. aku bimbang jika berlaku lagi aku takkan mampu hidup.tapi sebelum aku sampai ke penghujung tersebut akan ku nikmati perjalan ini sebaik mungkin.aku mula berani menolak kabus yang menutup mata.aku mula melihat insan-insan keliling aku. bukankah itu permulaan yang baik?
aku mula belajar tentang mereka, kenapa? mengapa? kegembiraan mereka,kesusahan mereka.everthing.it nice untuk buka mata dan lihat keluar. jadi perkara terbaik yang perlu aku lakukan sekarang adalah jangan fikir apa yang akan berlaku esok tapi fikir apa yang perlu aku lakukan sekarang : )

nurul musa

Tuesday, November 15, 2016

Kaca Mata, Mata Hati

Kaca mata , mata hati


kehidupan dari sudut pandangan setiap manusia didunia ini berbeza
kenapa berbeza?
ada yang melihat melalui kaca mata kaya, ada yang melihat dari kaca mata miskin
manusia berbeza dari segi status, taraf, gaya hidup, cara pemikiran
itu hakikat
tak semua mampu melihat dengan kanta kaca mata yang sama, tak semua mampu melihat terus dari mata hati
ada yang merasa hidup di realiti tetapi hakikatnya itu mimpi
ada yang hidup dalam mimpi , namun kenyataannya itu mimpi
jika mimpi mengapa tidak bangun dan jaga dari mimpi?
takut?
ya takut kerana gagal melihat dari mata hati
bahawa realiti walau pahit itu yang harus kita telan
dan hanya dengan itu kita mampu untuk terus bermimpi

nurul musa
15 nov 2016

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails