BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Thursday, December 30, 2010

rio ferdinand puji pasukan malaysia!!!



malaysiaaaaa menagggg huyeeee huyeeee
eh malaysia menang apa??? bagi yang tak tau malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010
selepas 14 tahun kita duk nganga je tengok orang pegang piala tu finale kita berjaya juga bawa balik...
siapa kata perempuan tak tau pasal bola hahaha..
ok apa yg lebih membanggakan rio ferdinand turut memuji pasukan kita.tak percaya????
ini buktinya

dia kata

Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team

wahhhh bangga tak banggaa???

tapi malaysia memang menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi semasa perlawanaan ini walau pun mereka terpaksa masuk ke dalam stadium mengunakan kereta perisai!!! mak aik macam nak pi berperang lak permain kita ni

apa-apa pun kita ucapkan taniah buat pasukan kebangsaan kita MALAYSIA

jom tengok gol-gol kita~~


Wednesday, December 29, 2010

hidup seperti membeli shawl yang sanggat cantik tapi....


dear incik diary yang hensem

hidup ini kadang kala sukar dijangka..
contohnya kita jalan-jalan terpandang satu shawl yang memang cantik dalam hati melonjak-lonjak nak beli. dah lama mengidam nak beli shawl ni..
tengok pulak harga dia 50 % lebih murah dari harga asal...
dalam hati berbisik "ish kalau tak rembat sekarang belum tentu lagi dapat jumpa shawl secantik ini dengan harga yang berbaloi" mata pun jadi juling sekejap...
maka dengan lahapnya amik shawl tersebut lalu bayar dengan senang hati akhirnya shawl pujaan hati dalam gengaman
mula terbayang mesti anggun kalau aku pakai ni..ish pakai dengan baju ni mesti masuk...ish boleh pakai pi dinner ni...
sampai dalam keter rasa teruja membuak buak...
rasa nak cium je shawl tu...tapii?
ehh huwaaaaa koyakkkkkkkkkkkk
rasa macam nak nages
ishhhh kenapa tak cek awal-awal tadi..bodohnya akuuu..kenapa cuai sanggat ni..kenapa????
nak menyesal? tak de guna..nak mintak tukar? beli dekat supermarket kot yang main scan-scan tu mana bole return???
akhirnya hanya redha..berpikir-pikir bole tak diperbaiki lagi...
rasa teruja yang teramat sanggat akan kecantikkan yang tiada taranya
kesudahannya aku jadi menyesal tak sudah.....
wahai hati janganlah tertipu pada kecantikkan duniawi yang belum tentu cantik sepenuhnya didalam
wahai hati janganlah tertipu pada pandangan pertama yang mengujakan sebaiknya pandanglah sekali lagi..berkali kali pun tak pe... tak rugi kot...
macam tulah juga dengan kehidupan
kita sering kali tertipu terpedaya pada pandangan pertama
pada kecantikkan bila sudah terperdaya sukar rasanya untuk menahan rasa kecewa :(
pengajarannya janganlah tergesa-gesa membuat keputusan keatas benda yang tak mungkin kita betulkan kembali....kalau betulkan pun takkan sama dengan pandangan pertama yang mengujakan...

Tuesday, December 21, 2010

Beware!!! wahai para lelaki dan wanita ~Empat Golongan Lelaki ke Neraka

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Sunday, December 19, 2010

lamborghini? apa tu?kuih pau ke?

"eh u tak tengok tv3 ke? citer auto ada lamborghini tau"
"ada ek? ok i nak tanya, u tengok i boleh tak i beli keter tu?"
"2 juta kot?tak payahlah u pakai mini chopper je tau"
"ok kalau i beli u jangan naek hahahaha(ketawa jahat)"
"eh??huwaaaaaaa kejam"
lamborghini tu apa? sila baca dekat bawah ya

alamak pintu dia tolak ke atas ek? (jakun) ish silap hari blh boleh patah pintu tu i kejekan

perghhh memang cun lah beb....kalau i dapat ni memang 300km/hrs i pecut hahahaha..makan hasap je lah uoll (belum dapat dah riak comfirm tak dpt hahahaha)


hiasan dalaman yang sangat macho......hensemnye lah ko lamboghini....kalau u
olll
nak tau kalau nak reverse tak payah toleh-toleh buat sakit leher je..dia ada kamera yang uoll boleh reverse dengan selamatnya..apa macam nak amik satu ke? sila sediakan RM1,700,000.00
ada berani?tapi berani pun tak guna juga kalau duit elekk...sudahlah pi buat keleja


OMG!!!! kebebasan seksualiti?,azwan ismail dan....


OMG!!!!!!

terbeliak mata i yang tak berapa nak bulat ni

macam mana bole ada blog yang memperjuangkan kebebasan jadi gay and lesbiann mcm niiii??? euuuuww
kalau non muslim tu tak pelah i bole accept tapi macam mana dengan azwan ismail? nama dah tentu islam hokeyyyy
dia tak pernah baca ni ke?

Rasulullah Saw. bersabda, "Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya” [HR Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, dan Ahmad]

pelislah jangan buat benda yang kunun-kunun u nampak pandai tapi sebenarnya tak pandaiii
jangan bodohkan diri u sendiri

kalau rasa nak tau apa dia cakap dan mengaku sila klik sini
lagi satu yang buat i sedih dengan kewujudan blog ini seksualiti merdeka
lag dimana mereka cuba membantu golongan nyah agar enakmen dibawah dimansuhkan

ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992
BAHAGIAN IV - KESALAHAN

Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri
Seksyen 66. Lelaki berlagak seperti perempuan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988 (NEGERI KEDAH)
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN

Seksyen 7. Pondan.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 2 TAHUN 1985
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1985 (NEGERI KELANTAN)
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 7. Pondan.

Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN
Seksyen 72. Lelaki berlagak seperti perempuan.

Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991 (NEGERI PERLIS)
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 7. Pondan.

(1) Mana-mana orang lelaki yang berlagak seperti perempuan (tasyabbuh) di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995 (NEGERI SABAH)
BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Seksyen 92. Lelaki berlagak seperti perempuan atau sebaliknya.

Seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan atau berlagak seperti perempuan atau sebaliknya di mana-mana tempat awam adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

sedih mau cakap banyak...selidiklah sendiri ya...huhuhu:( apa nakjadi dengan dunia islam

Saturday, December 18, 2010

kerana cinta,dia...


kerana cinta, dia pernah menangis disudut hospital
kerana cinta, dia pernah berlari menahan esak
kerana cinta, dia pernah memandang siling berjam jam lamanya lalu tertido
kerana cinta, dia pernah berdiri disudut jendela berhari-hari lamanya
kerana cinta, dia pernah tinggalkan makanannya tanpa disentuh
kerana cinta, dia pernah jalan tanpa tujuan dalam hujan
kerana cinta, dia pernah menangis teresak-esak walau dalam tido
kerana cinta, dia tidak lagi seceria dulu

tapi

kerana cinta, dia tidak lagi selemah dulu
kerana cinta, dia tidak lagi mudah mengalah
kerana cinta, dia tidak lagi mudah menangis

kerana cinta

semoga cinta dia tidak melebihi cinta pada yang satu~Allah

Khatimah cinta~

Wednesday, December 15, 2010

huyeee i dpt shout award tu~~~


woww i dapat award hokey...cuba eja satu-satu shout Awardd....jangan memain...jangan ingat pakcik nabil je boleh tercalon i pun boleh je u
oklah back to da point

Siapa yang bagi award ini?
setahu i lah kan nama beliau ialah Cik ila shila !

Apa komen anda tehadap blog yang memberi award ini?
i sukaaaaaa....pink dia santekkk...bila buka blog dia mata jadi love

Blog yang selalu anda singgah?
i suka sanggaattt bukak blog auntie nanirostam dan hanis zalikha opppsss lagi sorang fatin liyana

Ayat yang selalu anda tinggalkan di Shoutmix org?
drop here ya tuan tanah~~~

Diet~Plan 2 (lari ke joging?) x (kadio ke otot)

apa dah tajuk joging ke lari?
tajuk pun macam formula apa jek ek



ok hari ni kita story pasal plan diet yang kedua~~

bila dah sebut pasal diet mestilah nak kena senam, ye tak?
tapi nak senam apa ni kusuttttnya
nak joging ke? ishh nanti badan sakit-sakit..jalan pun senget sebelah..
nak angkat tangan ke?..angkat mcm mana..karang macam nak terbang pulak tergeliat pinggang bagai nanti...
serius tak tau nak buat apa kalau cakap pasal senam ni...betul tak?

ok jom kita kaji dulu mengenai senaman, sebenarnya ramai antara kita tak tau senaman ni ada kategori...lah yeker senam pun ada kategori?

jangan main bantai je...
ok kategori yang pertama ialah Senaman kardiovaskular atau pun orang-orang kampung panggil kadio

senaman Kadio= senaman yang melibatkan peningkatan kadar denyutan jantung, contohnya adalah berlari, jogging, futsal , berbasikal dan sekaum dengannya.

dan kategori seterusnya adalah senaman otot

senaman otot = senaman yang melibatkan daya tahan otot seperti mengangkat berat, tekan tubi,‘dan sewaktu dengannya.
Senaman otot yang dilakukan secara berterusan akan menambahkan sel sel otot dan kesan jangka masa panjangnya anda akan kelihatan seperti berotot

tapi masalahnya mana satu yang kita kena buat?? itulah persoalanya
kebanyakkan dari kita akan memilih senaman yang salah untuk badan...
ok selalunya kalau kita tengok baju dah tak muat...butang tak boleh pasang cettt...mulalah terpikir "ishhh aku dah gemokkk nak jogginglah!!!

oppss sebenarnya persepsi tu SALAH kerana
sebabnya?

kebanyakkan mereka yang melakukan senaman kadio akan kehilangan berat badan dalam tempoh yang singkat (FAKTA) tapi kebanyakkan mereka tidak tau kekurangan berat badan disebabkan oleh samaada kehilangan lemak, atau kehilangan otot dan juga air. Dalam kebanyakan kes, ianya adalah disebabkan oleh kehilangan otot dan juga air

jika perkara ini terjadi??? OMG...

secara tak sengaja u oulllss dah kurangkan kadar metabolisme

ishh kenapa pulak kalau metabolisme kurang?tak baik ke?

ini JAWAPANnya

Dengan berkurangnya sel otot, maka dengan sendirinya kadar metabolism badan akan menurun dan keupayaan untuk membakar kalori menjadi berkurang...

jadi bila korang dah penat-penat senam sel otot makin berkurang bila berat badan korang makin menurun korang pun stop senam...maka disaster!!!
berat badan korang akan NAIK dengan mendadakkknya disebabkan kurang metabolism tadi

OMG!!!!

tu lah yang banyak terjadi...dan ramai yang menrunggutt tak mau lah jog.hari tu i joging berenti terus naik berat...opsss...bukan tak baik joging tapi kena betul caranya....

CARAnya

senaman otot~~

nama macam tak sedap
" tak nak lah buat senaman ni nanti badan i berotot-otot...pak we i lari hokeyy!!"
jangan salah tanggapan sebenarnya

Senaman Otot = akan meningkatkan sel sel protein yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kadar pembakaran kalori u uolls akan meningkat sehingga pada satu peringkat, badan u akan terus membakar lemak meskipun korang sedang tidur

see??
sebenarnya boleh buat senaman kadio tapi jangan melampau-lampau hokey...

menaip rasa macam membebel plak haus ni nanti kita sambung lagi ya
daa~~~~

p/s: boleh juga try tengok tips yang fatin liyana bagi ni.... tips DieT

p/s:dear-dear sekalian jangan takut bila orang kata kita gemuk..apa yang penting kita ada kesedaran untuk berubah betul tak?dari duduk diam tak buat apa lalalalala

daaa kuasa dua~~~

Tuesday, December 14, 2010

Diet~Plan 1

moning semuaaaa....
sila senyum dulu sebelum baca ya...diikuti dengan bismilah : )
hari ni tengah-tengah kusut kol TNB tak dapet-dapet sampai kepala dah teleng-teleng dah ni.haish hari yang menguji keimanan....kadang-kadang fed up ngan keje tapi i mana boleh putus asa...jadi suri rumah pun banyak cabaran jugakan kan...jadi lalui jelah..tabahkan hati...opss jangan lupa sila senyum sekali..rahsia awek muda

ok hari ni i nak share pasal diet...
sekarang ni banyak produk-produk dekat pasaran bertimbun timbun kot...kalau nak mudah bole beli..tapi sampai bila nak bergantung pada ubat ye tak?

mari kita buat plan diet nak?...kita guna cara manual mungkin lambat tapi baik untuk kesihatan badan...INGAT!! diet bukan hanya nak dapatkan badan yang cantik tapi sematkan dalam hati i berdiet ni untuk kesihatan, ramai orang salah anggap mengenai diet ni...ok plan pertama kita:


kena tau apa itu peramid makanan bukan sistem piramid hokeyyy....no no no
ok kalau korang nak tau cara baca piramid dari bawah tau bukan dari atas atas dari atas bukan diet ya adik-adik sekalian...

bole nampak yang badan kita perlukan banyak air JADI kalau boleh tukar tabiat malas nak minum air kepada rajin...jangan pulak korang minum air teh tarik...janganlah lurus sangat...kata suh minum air?..teh tarik pun air juga cettttt
AIR MASAK ye!! orang johor kata AIR KOSONG
dekat hotel panggil sky water
alalala tomey...janganlah mcm ni..pakai gelas hokey..

seterusnya nasi dia ckp dlm 6 hidangan...TAPi bukan dengan kadar yang banyak ya!!! pandai-pandai adjust kadar dia contoh selalu mamam penuh pinggan try kurangkan suku...jangan kurangkan terus okek nanti tummy u yg tomey tu terkejut plak...bila rasa perut macam dah okek baru kita adjust lagi kurangkan separuh pulak....hah macam mana okek tak?

oklah setakat ni sahaja part yang pertama nanti kita proceeed ke plan yang seterusnya...

p/s: nanti kita discuss senamam yang macam mana bole menyebabkan badan bukan bertambah kurus tapi makin membuak-buak dan kenapa pekara macam tu terjadi..
daaa~~~~


Monday, December 13, 2010

syyyyhhh ni rahsia kita tau~~



janji jangan bagi tau sesiapa ya~~~cakap janji cepatt


bagussss : -)


i beli tudung baruuu siap ada diamond lagii...kekekeke ok dah pi buat keleja

Thursday, December 9, 2010

kenapalah i ni careless sangat??


dEar mr diary yang hensem,

i nak buat luahan perasaan
kenapalah i ni careless sangat?? as account person i sepatutnya tak bole careless....tak patut ada pun perkataan careless dalam kamus hidup i
kenapa?
walaupun i dah berjanji pada diri i sendiri i takkan careless tapi kenapa i selalu terlepas pandang ada figure2 yang salah kenapa??

i sebenarnya bukanlah perfect person tapi rasa macam tak besh bila bos panggil dan tanya kenapa u key in benda ni salah...lepas tu i mati matian ingat i dah key in dengan betull....kenapa....huh sedih betull...sebab i ni akan cek berkali-kali sebelum publish apa-apa

apa lah yang ada dlm fikiran i ni agaknya incik diari...i pun tak paham..

jadi cik nurul sila pastikan anda tidak careless lagi dalam keje contoh nye benda tu patutnya rm 1000 je tapi ko letak rm 1000000...siapa yang nak bayar balik lebihan kosong dibelakang itu....

sayangilah diri anda cik nurul

saya wanita biasa


saya hanya wanita biasa yang suka pada benda yang cantik-cantik


saya hanya wanita biasa yang suka pada sesuatu yang comel & cute



saya hanya wanita biasa yang akan jadi juling mata bila tengok beg lawa



saya hanya wanita biasa yang ada impian berangan pakai baju kawen


saya hanya wanita biasa yang kadang kala mudah mengalirkan air mata


saya hanya wanita biasa yang sangat suka cerita princess diary & full house


saya hanya wanita biasa yang tak tau apa-apa tentang kereta tapi nak pakai kereta

saya hanya wanita biasa yang kadang-kadang malas nak pakai make up


saya hanya wanita biasa yang suka tengok baby cuteee

okek dah kalau nak tulis lagi sampai esk tak habis-habis kekekeke

Wednesday, December 8, 2010

it was a bad day & it become worse when....


tajuk orang puteh tak hinggat content melayu hahaha lantaklah janji hati bahagia....
yeah it was a bad day :(

terasa ingin ke suatu tempat yang aman dan damai seperti :





seronoknyalah kalau dapat pergi kan? rasa nak jerit puas-puas tenangkan hati yang .......hidup aman damai hingga ke akhir hayat....
ada sesiapa nak bawak i?
haishhh :(

Where is the moment we needed the most
You kick up the leaves and the magic is lost
They tell me your blue skies fade to gray
They tell me your passion's gone away
And I don't need no carryin' on

You stand in the line just to hit a new low
You're faking a smile with the coffee you go
You tell me your life's been way off line
You're falling to pieces every time
And I don't need no carryin' on

Because you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day
You had a bad day

Will you need a blue sky holiday?
The point is they laugh at what you say
And I don't need no carryin' on

You had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
The camera don't lie
You're coming back down and you really don't mind
You had a bad day

Sometimes the system goes on the blink
And the whole thing turns out wrong
You might not make it back and you know
That you could be well oh that strong
And I'm not wrong

So where is the passion when you need it the most
Oh you and I
You kick up the leaves and the magic is lost

Cause you had a bad day
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie
You work at a smile and you go for a ride
You had a bad day
You've seen what you like
And how does it feel for one more time
You had a bad day
You had a bad day

ladyana

Tuesday, December 7, 2010

jom shopping tingkap nak? (window shopping)~

lamanya tak pergi shopping teringin nak shopping tingkap jom kita cuci mata tengok tengok gambo di bawah





iphoneeeeeeeeeeeee cantikkkkk pink kaler hokey..bila nak dapat??? haishhhh nak makan pun tak cukup ada ada hati perut nak beli iphoneee..ok jom tgk benda yang lebih realistic untuk menjadi hak milik~~~~ turun bawah cikitt







ipaddd walaweiiiii cun sungguh wahai incik ipadddd...u tunggu bulan satu ni eh kita akan bersua juga..duk dalam kedai tu diam-diam...tunggu i ok~~~~~kita akan bersatu juga nanti kekekekeke

owhh dah puas jamu mata tengok ipad jom kita jejalan tengok handbaggg..owh kalau nak tau i paling suka handbag juicy couture ni huhhh cun habiss
issshhhh yang white kaler ni memang lah menjadi pujaan hatikuuuu....pluss kaler pink memang terbaik dari ladanggg punya ada bag kecik bentuk love lagi....ok biji mata dah jadi love negokkan kecantikan handbag ni



ni lagi satu santekknya....ala-ala baldi eh silap baldu gituu
ok dah enough cukup ...naik juling mata den....nanti smbung window shopping lagi ek......hai sapalah nak sponsor juicy couture satu bagi i kan....haishhhh (; ')

Friday, November 26, 2010

saya


hari yg tak berapa besh
,gigi sakit serba tk kena,
peluk my little teady bear jr
,tarik selimut,
telan panadol tutup mata semoga ada sinar yang bahagia esok hari....amin

Friday, October 29, 2010

ada apa dengan kerja cik nurul (",)

ok hari ni entri aku berkaitan dengan ada apa dengan kerja cik nurul...jom kita jalan-jalan.dekat meja aku ada pc dekat bawah tu...ada gambar naseem disitu ya kekekeke




ok mari kita zoomm lebih cikit tengok apa ada

yah inilah keadaan sebenar dari kaca mata tuan tanah..ok mari kita tengok sapa yang ada disekeliling cik nurul ni yah~wah dah macam dokumentari pulak hahahaha




ya itu dia kita boleh nampak kepala cik huda disana yang sedang memberi peace ya..buat keje...buat keje!! mari kita cari lagi sapa yang ada ya



owh ada incik bir disana nampaknya..incik bir seorang yang suka ajak cik nurul bebual..tapi aku tak pernah paham apa dia bual..sebabnya suka sgt cakap org puteh..aku malas nak bukak kamus.jadi kalau dia bebual aku hanya mampu memberi senyuman manis pada dia ('' ,)




ya itu dia keje masih bertimbun~aku bole lagi duk tulis blog haish..ok mari kita lihat apa yang ada di atas meja cik nurul ya


ada kunci kerta...ada sampul hp...ada beg duit yg makin kempis (maklumlah hujung bulan) ada botol air menghilangkan dahaga (mcm botol susu je bentuknya).....ok jom tengok apa ada lagi



ok kasut tuan tanah comel tak comel tak....haish betul-betul tak de keje budak nurul ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails