BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Showing posts with label tak de apa pun. Show all posts
Showing posts with label tak de apa pun. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

ini bukan syair,nak kata puisi pun bukan,pantun lagilah jauh ...


kenapa berhenti...
tika hujan sedang mengila..
sedarlah hujan tak akan menjadi salju

kenapa berhenti
jika bulan yang engkau damba
kerana
mentari belum pasti mahu menyinari

kenapa berhenti
kala impianmu menggapai bintang
tapi dirimu masih membeku

kenapa berhenti
kenapa
kenapa...
teruskan berjalan
walau mungkin langkahmu perlahan
walau mungkin jalan didepan masih kelam

p/s:ye lah dah lampu merah kenalah berhentikan...nanti kena saman pulak haish

Monday, April 26, 2010

entah nak bagi tajuk apa pun aku tak tau

lama sungguh tak menjeguk blog sayang ini...
yelah bukan apa nak menulis pun kena ada mood kan..mood aku pulak dah ke laut beberapa minggu kebelakangan ni. nak kejar pun macam tak mampu je.jadi biarkanlah..nanti air surut dia datanglah balik ye tak? tarraaa hah kan dah datang balik (apa yang ko merepek ni labu) (*^*)
macam tulah kehidupan ada pasang surutnya
ada hari kita happy senyum sampai ke telinga..ketawa tak hinggat dunia
ada hari nak bangun pun macam malas je..rasa tak sanggup nak hadapi hidup
TAPI
kena ingat bila kau fikir hidup kau teruk kau silap sebab ada orang yang lagi teruk lagi susah kehidupannya...sepatutnya kita bersyukur diri kita antara orang terpilih untuk diuji...setiap orang ada bahagian masing-masing
jangan pernah megeluh
bersyukurlah..
okek tutup kes!!!

dah lama tak belek blog ni belek punya belek rupa-rupanya dah 3 bulan 3 minggu 3 hari usia blog ish..ish..dah tua ko ek
dari berumput tahap lalang sampai dah habis aku tebas semua rumput dah hahaha
tempek plak kaler putih ni..sejuk cikit mata.okek lah kalau aku rasa nak tukar aku tukarlah nanti.buat masa sekarang bersyukurlah dengan apa yang ada
apa-apa pun aku sangat berterima kasih buat semua follower aku yang ada 209 orang tolong tolak 1 ya sebab yang lagi sorang tu aku ahaks(ikut nasihat blogger senior kita kena follow blog sdiri baru tau entry kita masuk ke tak, bukan sebab aku suka-suka ya tuan-tuan dan puan-puan..aku memang sengal tapi tidak sesengal itu)
tak lupa juga buat sahabat-sahabat dan kawan-kawan blogger yang rajin memberi komen aku berjanji pada diri sendiri kalau aku akan me reply semua komen2 korang mulai hari ni...berusaha!!!
kalian punca untuk aku terus menulis..ceh dah macam ucapan apa dah
okek minggu ni adalah minggu yang sibuk dan banyak benda yang perlu aku selesaikan
antaranya:
1~website faQ***ini harus siap cepat
2~isi borang smbung study**bila dah nak buat tak sempat2
3~blajo bahsa orang putih.vocab aku sngat lemah
4~nak lawa kan lagi blog ahaks~~

p/s;buat sahabat-sahabat, keluarga-keluarga yang tak putus-putus bagi support dan semangat terima kasih kalian..jasa kalian tak mampu aku balas..
terima kasih doa kalian untuk abah cepat sembuh...walau sekuat mana kanser itu menganas sekuat itulah kami akan bertahan...

Saturday, April 24, 2010

~~~

Ya Allah..
kau kuatkan semangat abah..
kau tabahkan hatinya Ya Allah..
kau lindungilah dia..amin..

~nurul ladyana~

Friday, April 2, 2010

aku tak pergi mana cuma bertapa dekat air terjun dua tiga hari


tahu tak korang kalau hidup ini singkat?

sekali mata berkelip...boleh merubah seluruh kehidupan

kita tak pernah tahu erti hari esok...esok belum tentu kita disini


seselesa ini...


sederita ini..


sekaya ini..


semiskin ini...



jadi apa hak kita untuk pura-pura tidak tahu bahawa hidup umpama roda

tidak perlu kau menjadi terlalu egois pada diri mu

kesiahan dia

jadi beringat-ingatlah kawan



ok cukup bersastera-sastera!!!!

lamakan tak update blog syg ni...hehehhe

eh bukan saja-saja tak mahu update & saja biar blog bersawang

saja nak break sekejap dan buat satu anjakan paradigma (cehhh padahal baru lepas habis training kan...tu yang bersemangat..cuba tengok sebulan kemudian~haaish)

dan hasilnya?

wahhhh cukup beesh...terasa mendapat aura baru dalam hidup..korang trylah!!!

kerana perubahan tersebutlah...aku berjaya menyiapkan semuua kerja-kerja yang bertimbun atas meja...amazing

dan kerana itu kerja aku untuk akan datang menjadi lebih systematic

ok cukup yang itu...

baiklah penulisanya seterusnya hanya berkaitan dengan hal peribadi...bukan peribody okkkk!!!!

jadi sebagai peringatan mungkin korang boring..jadi tak yah baca ahakss

ok tapi kalau korang rajin boleh juga....

jom sambung baca(gaya gediksss)

actualy blog ni akan dibuat sedikit transformasi...yang penting aku takkan potong rumput aku tu ok!!!!!!!aku akan terus biarkan korang membaca entry aku kat atas tingkaap ni...(ada orang kata hehehe)

cuma akan di tambah benda2 yang baru

jadi kalau korang ngah baca entry tetiba tengok ada gajah..buat tak tau je...

tertiba gajah tu ada dekat atas!!! jangan takuut bukan blog berhantu ok!!!!

tu maksudnya aku ada dekat situ ngah berusaha keras kononnya nak hias blog!!! kununnya

jadi walau harimau ke yang muncul buat tak tau je tau....buat tak tau...ok tatatatatatata




Saturday, January 23, 2010

tak cukup cantik ke sy untuk awak?


alhamdullilah abah dah semakin ok

keajaiban dri Allah operation di batalkan...sebab benda yang nak dioperate tu dah hilang

tak po tu next time lah kita story ok anda-anda semua.


dah seminggu tak duduk umah, umah pun dah bersepah gila....bukan sebab saya malas ya tuan puan semua.

tapi sebab dah tinggal mestilah berabuk-abuk..

jadi pagi ni kami pun memulakan aktivi kemas mengemas.

sambil kemas mengemas tu .saya.ya saya. entah kenapa terajin pulak untuk mengoreng keropok lekur.

tempat goreng ni pulak dekat ngan tingkap yang bole tengok dapur orang laen

nak jadikan cerita ni tambah menarik ~perhatian ni citer betul taw bukan tipu

saya pun mengoreng dengan gembiranya sambil nyayi2 kecil.

sambil tu tangan ni pun gatal mencapai sekeping..dua keping..mungkin juga tiga keping ..sebab tu lah bila sampai depan keropok tu tinggal ckit ...keropok lekur yg dah digoreng... sambil menunggu keropok yg dalam kuali tu diangkat.

sambil tu mata pun memandang ke tingkap

errr ada ular besar!!!!!

saya terkejut..mesti buruk muka dengan mulut yang penuh ngan keropok lekur

ular tu pandang saya...eh mana kau tau ular tu pandang ko..entah2 ular tu juling

saya pandang dia dengan muka yang takut...

lalu ular tu pun dengan relaxnya meneruskan perjalanannya ke destinasi yang saya pun kurang pasti...

terasa agak bengang..tak cukup cantik ke.. aku untuk ko pandang ular ??? ahaks


keadaan selepas itu agak memalukan untuk diceritakan sebab...aku dah telari sana sini terjerit2 mcm orang apa....sebab takut ular.haissh malu.nsib baek tak tercekik keropok lekur


motif citer ni?:nak bagi tau saya jumpa ular.dah pegi sambung buat keje lalalala~

Thursday, January 14, 2010



blog yanG tak semengah ini akan di tukar layoutnya untuk kesejateraan bersama
sekian

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails