BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Showing posts with label tentang saya. Show all posts
Showing posts with label tentang saya. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

aku memang bermasalah nak bagi tajuk entri hokey


rindu saya tak? (ok soklan perasan)
mari teruskan minggu-minggu yang berlalu dalam bulan rejab, dan kini aura-aura ramadhan mulai terasa apabila peniaga-peniaga berlumba-lumba jual kurma yang harganya mampu mencecah rm70 hanya untuk 1/2 kg (ok masa ni aku buat muka jakun)
dah nak sama harga dengan baju raya aku yang tak semenggah tu hokey

apapun aku melalui minggu-minggu ini dengan bahagia kerana kehadiran opah tercinta,pakcik & makcik,serta abg sedara aku..
untuk aku yang anak tunggal ini kehadiran sedara mara memang memeriahkan lagi suasana
apatah lagi tengok abah tersenyum tak berhenti walaupun mungkin gigi dah tak de kekekeke

malam tu kitaorang tak pegi mana pun just habiskan masa bersama..makan laksa sampai kembung..pastu mengerjakan pulut durian sambil tengok gambar-gambar lama memang aktiviti yang mengembirakan

apa yang pasti aku tertunggu-tunggu kedatangan adik-adik abah dan abang abah jumaat ini..pastinya meriah lagi rumah kecil ku itu apa yang pasti mesti ada aktiviti makan-makan (hokey tu je yang kau tau kan)

lama kan tak buat luahan hati

tak pe nama blogkan diari
jadi
tak mendatangkan masalah negara pun kekekeke


p/s:tima kasih kepada penglipulara kerana membuat aku tersenyum sampai nak langgar tembok dekat opis (malu) :=)

~nurul ladyana~

Tuesday, July 6, 2010

hidup adalah hidup(ok! tajuk ni adalah terlalu sterotaip)


banyak yang berlaku sejak kebelakangan ini
kadang-kadang memang teringin nak hidup ni lurus tanpa bengkang bengkok
tapi ketentuannya tidak begitu
rahsia nak hadapi semua ni?
sentiasa cuba kekalkan sikap tenang walaupun kadang-kadang kita terlarut dalam api kemarahan.. (tapi kadang-kadang tak boleh juga)
aku mungkin bukan manusia sempurna
ada cacat sana dan sini
bukan senang nak kekalkan ketenangan dalam diri kita
aku mungkin mudah lupa..mudah menyalahkan keadaan
tetapi aku lupa
Allah lebih tahu mengapa sesuatu itu terjadi pada kehidupan kita
dan pengajarannya mungkin lambat untuk kita sedari
ah itulah hidup
kini aku berjanji pada diri sendiri
akan menghargai apa yang terjadi disekeliling ini
apa yang ada didepan mata..
walau mungkin impian-impian hati kian terkubur(contoh mcm sambung study)
insyaAllah ada rezeki di hadapan nanti
apa yang penting sekarang ialah keluarga..abah..ibu.. (ok susah nak pujuk abah back to hsptal ctnue kemo haish)
dan orang-orang disekeliling..
dan mula merepekkan cik nurul?
apa pun terjadi aku tetap syg org disekeliling aku
terima kasih kepada mereka dan insan yg pernah hadir dlm hidup ini..merekalah semangat aku

p/s: er ada sesiapa nak jual gitar second hand..sila pm sy.sy nak beli (buat muka kesian).ok tak de kaitan...

Thursday, July 1, 2010

hidup bagai novel..


pernah tak korang nangis baca novel?
pernah tak korang nangis tengok drama?tak kisahlah korean ke,malay ke,org putih ke,
pernah tak korang nangis tengok filem? khasnya hindustan plus pulak lagu2 yang mendayu2..kasi guling2
(dah guling banyak kali turun gaung pun tak mati~pelik gak aku)

hapa?

tak pernah?
(ayat klise dari kaum lelaki hokey!) padahal bantai nangis sampai tak lalu makan


pernah tak korang terpikir kalau dipikir-pikir sebenarnya hidup kita seharian ini boleh dikatakan bagai sebuah novel,drama atau filem?


~sebenar-benarnya sesuatu novel,drama atau filem itu diadaptasi dari kehidupan manusia sehari2 walaupun ada yang goreng-goreng~tapi tak mustahil yang goreng2 tu akan terjadi kepada sesiapa je dekat dunia ni dengan izin ALLAH~
okey kepala dah berdeyut sebab dah mula tak paham dengan apa yang aku tulis dekat atas ahaks

kenapa tertiba aku duk pikir benda ni
sebab masa aku kecik-kecik
zaman rajin baca novel
aku selalu cakap dlm hati..
eleh ni cerita je manalah boleh jadi mcm ni dalam kehidupan kita
tapi...
bila aku mula dewasa..

tiba-tiba aku tidak dapat menyangkalkan bahawa tak mustahil apa yang terjadi dalam novel akan terjadi dalam kehidupan kita...
ada sehari tu dah puas nangis-nangis...dah kesat air hingus segala bagai
tetiba boleh terlintas pulak dalam kepala ni " eh dah macam dalam novel pulak hidup aku ni"

hokey
dah dah berenti merepek cik nurul

p/s: kenapa lagenda budak setan..hehehe (senyum rahsia)

Wednesday, June 30, 2010

aku,kerja, raya & ..


lama sungguh tak apdate blog..cian dia di tinggalkan..
tuan tanah ni terlalu sibuk dengan kerja..sampai tak kenal siang malam
al maklumlah dah nak raya ni kena nak keroje lebih cikit
raya ni semua nak kena pikir..duit tol..duit baju raya..duit tudung raya..duit kasut raya..duit pin raya..duit balang kueh raya..duit nak beli kueh raya..duit set cawan raya..duit langsir raya..duit cat raya...duit tuk anak buah yg dah nak cecah bilangan 200..
ok kalau nak senaraikan sampai esok pun tak habis..
atte kata tengah keje?
pegilah buat keje cik nurul :=D
nanti dtg mbebel lagi taw
p/s: apa kaitan gambo angelina jolie tu pun aku tak taw..yg penting keje aku bukan pembunuh,sekian

Thursday, May 13, 2010


kepala terasa pening
badan melayang-layang
jalan pun terasa malas
pejalanan masih panjang...

rasa tak larat pulak.....

mana pergi kekuatan semalam..

Wednesday, May 12, 2010

berbekalkan 10 minit maka terhasilah sebuah ceritera...engkau adalah cinta

didedikasikan untuk seseorang

puisi ini tentang seseorang
tentang sebuah cerita
tentang cinta
awan begerak perlahan
mentari bersinar lembut
pepohon tertiup tenang
jari mula bertari riang
hatiku berbunga
jiwaku dansakan lagu pesta
engkau hadir
jiwa kembali berteman jasad
tiada lagi denyut lemah nadi
wajah pucatku mengalir darah

engkau adalah cinta
engkau sesuatu yang hilang dulu
engkau adalah seseorang
hidup mati hanyalah cintaku
engkaulah cinta
raut keras wajah pahlawan
halus tulus cinta jiwamu
hanya untukku....
hanya satu yang kau tawar
bahawa engkau adalah cinta
inilah kisah tentang sebuah cinta
kisah perjuangan yang masih panjang.......


p/s:berbekalkan 10 minit & permintaan dari seseorang..dengan sepenuh jiwa hati dan perasaan maka terhasilah "engkau adalah cinta" (dah kenapa ko jiwang sangat hari ni cik nurul?)

bila mata dah mengantuk mulalah jiwa jadi jiwang


aku ingin jadi seperti burung
terbang ke awan yang unggu
menari sana ke mari
penuh riang ria

aku ingin jadi seperti burung
berarak berkawan bintang
jelajah dunia tanpa bimbang

aku ingin jadi seperti burung
terbang dari semua hinggar
ke benua yang damai tenang

andai saja aku seekor burung....
tapi hakikatnya
sedarlah insan.....
impian itu sekadar magika imaginasimu

p/s: kesimpulannya...apa kaitan burung ngan kucen? (garu kepala)

Monday, April 26, 2010

entah nak bagi tajuk apa pun aku tak tau

lama sungguh tak menjeguk blog sayang ini...
yelah bukan apa nak menulis pun kena ada mood kan..mood aku pulak dah ke laut beberapa minggu kebelakangan ni. nak kejar pun macam tak mampu je.jadi biarkanlah..nanti air surut dia datanglah balik ye tak? tarraaa hah kan dah datang balik (apa yang ko merepek ni labu) (*^*)
macam tulah kehidupan ada pasang surutnya
ada hari kita happy senyum sampai ke telinga..ketawa tak hinggat dunia
ada hari nak bangun pun macam malas je..rasa tak sanggup nak hadapi hidup
TAPI
kena ingat bila kau fikir hidup kau teruk kau silap sebab ada orang yang lagi teruk lagi susah kehidupannya...sepatutnya kita bersyukur diri kita antara orang terpilih untuk diuji...setiap orang ada bahagian masing-masing
jangan pernah megeluh
bersyukurlah..
okek tutup kes!!!

dah lama tak belek blog ni belek punya belek rupa-rupanya dah 3 bulan 3 minggu 3 hari usia blog ish..ish..dah tua ko ek
dari berumput tahap lalang sampai dah habis aku tebas semua rumput dah hahaha
tempek plak kaler putih ni..sejuk cikit mata.okek lah kalau aku rasa nak tukar aku tukarlah nanti.buat masa sekarang bersyukurlah dengan apa yang ada
apa-apa pun aku sangat berterima kasih buat semua follower aku yang ada 209 orang tolong tolak 1 ya sebab yang lagi sorang tu aku ahaks(ikut nasihat blogger senior kita kena follow blog sdiri baru tau entry kita masuk ke tak, bukan sebab aku suka-suka ya tuan-tuan dan puan-puan..aku memang sengal tapi tidak sesengal itu)
tak lupa juga buat sahabat-sahabat dan kawan-kawan blogger yang rajin memberi komen aku berjanji pada diri sendiri kalau aku akan me reply semua komen2 korang mulai hari ni...berusaha!!!
kalian punca untuk aku terus menulis..ceh dah macam ucapan apa dah
okek minggu ni adalah minggu yang sibuk dan banyak benda yang perlu aku selesaikan
antaranya:
1~website faQ***ini harus siap cepat
2~isi borang smbung study**bila dah nak buat tak sempat2
3~blajo bahsa orang putih.vocab aku sngat lemah
4~nak lawa kan lagi blog ahaks~~

p/s;buat sahabat-sahabat, keluarga-keluarga yang tak putus-putus bagi support dan semangat terima kasih kalian..jasa kalian tak mampu aku balas..
terima kasih doa kalian untuk abah cepat sembuh...walau sekuat mana kanser itu menganas sekuat itulah kami akan bertahan...

Saturday, March 20, 2010

tolong!!!tolong!!!saya tengah gila~~~


diselubungi comforter dengan bantal bucuk disebelah..udara sekitar bandar raya jb (johor bahru) memang sejukkk & nyaman.memang terbaik lagi-lagi dapat layan lagu-lagu fresh dari lappy.. eh eh macam dJ lah pula

aku baru je buat housekeping secara kecil-kecilan dalam bilik ni~wah tertiba anda menjadi sangat rajin ya cik nurul?

then tertiba bilik ni dah jadi sangat cute..nak tengok? eh mana bole (geleng kepala) ni kan bilik orang pompuan..hehehe


dah lalui seminggu yang serabut di office terasa tenang pulak berkurung dekat rumah.banyak gak benda yang dapat dibuat..contohnya pikir masa depan...fikir macam mana nak kumpul duit nak beli hp baru ahaks..nak sambung study...tingkatkan amal ibadat...ish macam-macamlah...apa yang pasti tak salah nak merancang masa depan walau pun kita tak tau benda tu menjadi kenyataan ke tak...


apa yang pasti aku sekarang berada dalam mood tenang setenang tenangnya.....plus cikit dengan gila contohnya macam ni

inilah terjadi bila bagi kamera dekat aku & aku tengah gila hahahaha~muka sebek pun jadi ya cik nurul

apa tujuan entry ni

entah...korang rasa?

yang penting aku tengah ada mood lalalalalalala~terasa nak jadi siti nurhaliza pulak...lalalalalala...jadi hanis zalikha pun dah ok kehkehkeh....ok cukup merapu cik nurul!!!

Wednesday, March 10, 2010

aku dalam kesakitan~~

sejak kebelakangan ni aku diselubungi kesibukkan yang amat..
sampai tak sempat nk bermanja dengan blog kesayangan aku ni...baru nak relax aku pulak sakit!!!


haish kalau ikutkan nafsu serakah nak bangun pun aku tak larat
tapi bila mengenangkan kertas yang bertimbun dekat atas meja aku tu...
tak sampai hati pulak nak pentingkan diri
aku gagahkan diri juga pegi keje (bilalah nk sambug belaja ni)
...aku ni jenis susah nak mc...
bukan apa.aku pernah terkena...masa tu gila punya tak larat nak bangun
pegi ar klinik panel...mintak mc...sekali doctor tu kata "u larat lagi keje ma"
aku terus beliakkan mata!!!
macam ni punya lembik ko kata aku bole keje lagi!!!kuang hasam punya doktor!!(tapi aku cakap dalam hati je..dekat doktor tuh aku jawab "ek...?')pastu aku pun berlalu pergi
bagi jelingan sedas dua dekat attendent jaga ubat...pio balik opis smbung keje..
sadisnya apalah nasib..nak mintak cuti pun tak nak bagi..
aku malas nak jejak kaki dekat klinik doktor tuh lagi..takmau kawan dah
tapi makcik aku pernah cakap kita jangan manjakan diri sangat...tulah yang aku tengah buat sekarang..
harap esok aku dah sihat..coz nak drive
so dekat cinie aku nak inform maybe break jap update blog dalam dua tiga hari...sebab haji musa & family nak balik perak!!!yebaaa yebaaa..
lamo gak tak meronggeng ke perak..rindu opah..dekat jb asyik sedut asap je..rasa tak sabor nak sedut udara fresh dari sungai perak...
doa kan aku selamat smpai tau..bukan apa aku ni spesies bawak kerta merempit.lagi-lagi dekat highway.macam sedap je tekan minyak tuh

Wednesday, March 3, 2010

bila bulan dah datang....

amboi terus bukak bila dengar bulan-bulan ni eh...ahak
oklah aku nak betulkan tajuk sikit
bila AKHIR bulan dah datang....
lately aku di hambat dengan kesibukan...busy bisy
kadang rasa nak tarik napas pun tak sempat.haish
susah keje melibatkan orang ni..lagi kalau dah mececah beratus jumlah orangnya..
kalau bole kena zero error..(aku dalam usaha ke sana)..
yolah orang dah mengharap.nak bayar tu nak bayar ni(termasuklah aku ahaks)...hai gaji..gaji..
sebab tu aku lebih suka keje melibatkan komputer.
kot aku geram boleh je tendang komputer tu...
tulah motip aku masa mula belajar dulu (ceh sudahlah cik nurul!!!padahal kau sendiri tak taw nak study apa :=D)
mungkin ada melibatkan orang tapi setakat dua tiga ketul..
aku rasa bahagia bila tengelam dalam coding-coding tu..kenapa senyum??
betul aku tak tipu!!!!

sapa ada keje kosong??

pleaseeeee..

tolong!!! tapi....
aku tak nak jawapan keje jadi surirumah...maid ke..aku dah selalu dengar.
bukan aku tak suke keje sekarang tapi aku kena juga pikir ilmu yang aku dah menuntut bertahun-tahun tu..takut beku pulak
lagipun bukan senang nak cari keje dalam keadaan sekarang ni...
aku bersyukur dengan apa yang ada...aku gembira dengan suasana keje sekarang.banyak yang aku belajar...kekawan pun gilok-gilok.cuma aku rasa aku perlu wat anjakan paradigma (ayat nak gempak)


maksudnya tak leh berpuas hati dengan keadaan sekarang..kena usaha juga.dalam misi nak memajukan diri

tetiba teringat zaman study...huwaaaa

Sunday, February 28, 2010

aku di tag black~~kenangan zaman sekolah beb



pagi tadi aku telah dikejutkan dengan satu berita yang sukar untuk aku terima!!!!
aku telah di tag!!!!
kurang asam keping betul lah kau ni black...
black atau aku lebih selesa panggil beliau dengan nama pakcik black dah menge 'tag' aku untuk aku bercerita pasal zaman sekolah~old scoll dulu. kala...
tapikan tetiba aku rasa menyesal tanya kau pasal tag dulu huuuuuwaaaa!!!!
untuk tidak menghampakan harapannya maka dengan ini aku mempersembahkan


~kisah klasik seorang insan bernama nuwul~

sekolah rendah
aku ni tak lah sekolah dekat banyak tempat.dari dulu sampailah sekarang aku duduk satu tempat ja (kempas.jay bee)..so aku memulakan zaman persekolahan aku dekat sekolah kebangsaan kempas..banyak juga lah wei kenangan dekat sini...aku sayang sekolah ni..oklah aku nak citer

1~dulu dari darjah 1 sampailah darjah 6 ibu aku akan antar aku sampailah depan pintu gate sekolah.pastu dari darjah 1-4 ibu aku akan datang masa rest untuk teman aku makan tepi tasik dekat kantin huhuhu (sebenarnye kan dekat sini aku nk buat pengakuan yang aku ni anak tunggal..bukan tunggul!! tunggallah
apa tak paham??..aduhai maksudnyer aku ni tak beradik beradiklah ) nak highlight dekat cini aku bukan anak manja eh.masa tu ramai gak yg ejek aku...tapi aku wat muka selenge je..lantak ar jeles ler tu


2~ade satu hari tu masa aku darjah 2..ibu aku datang lambat skit..selalu kalau dia lambat dia suruh aku tunggu dekat dalam pagar sekolah.tapi sebab aku ni spesis degil tahap cipanzi aku pun jalan je.nak balik umah lah kononnyer.tengah aku jalan sorang2 tu tetiba aku rasa kena peluk ngan sorang abg ni pastu dia cium pipi aku...tapi cam ne tah aku bole lari....ceh mmg kurang asam..aku tak leh maapkan dia..kalau aku jumpa dia skrg mmg aku tampar2 mulut dia.tapi bila aku ingat balik nasib baek aku tak jadi mcm nurin kan huhuhu.


3~ dulu boleh dikatakan setiap minggu aku tukar pensilbox sebab apa???bukan sebab aku suke membazir!!! tapi sebab budak laen curi..orang yang sama lak tu.mula-mula tu aku nangis gak lah..tapi lama-lama aku dah tak kuasa nak nangis..lantak ko lah...siap tanya lagi ko tak nk amik ke aku baru beli ni hahahaha gilok!!!

4~aku pernah wat jahat sampai kena diri atas meja...oh tidak...hilang keayuan aku..SEBABnya? entah aku pun dah lupa

5~aku penah wat sorang bdak lelaki ni nangis sebabnya aku sorokkan buku teks dia smpai kena marah ngan cikgu kekekekeke jahatnyer aku.smpai ke sudah dia tak taw aku yang sorok...kalau dia ade baca entri aku ni...sharul aku nak mintak maaf ngan kau....akulah dalangnya
ok habis citer sekolah rendah..pergh banyak gilak kenangan hahaha

sekolah menengah

aku sekolah menengah dekat sekolah menengah kebangsaan kempas dri tingktan 1-5...dkt sekolah menengah aku tak banyak kerenah.
aku ni budak nerd tetiba lak masuk sekolah menengah jadi budak baek cuma satu peristiwa kelakor bila aku dapat jawatan ketua perpustakaan...
padahal aku rasa aku baru lagi jdi pustakawan..
entah mcm ne nama aku bole naik..
yg tak boleh blah tu aku kena handle meeting.seumur hidup aku tulah pertama kali aku handle meeting...aku tak tahan asik gelak je...cakap skit aku gelak ckap skit aku gelak..(gelak sebab aku rase kelakor je aku jd ketua.aduhai) smpai last-last meeting ditangguh

pastu aku dapat smbung tingkatan 6 dekat sigs jay bee~sini semunya gal gurl mula2 tu mcm pelik gak sebab kita dah terbiasa sekolah ada lelaki pompuan kan tertiba ade pompuan je..
kalau teringin sangat nak tengok lelaki pun aku pegi kantin hahaha..
ado abang kantin hensem!!!
dekat cini cara belajar & suasana memang berbeza...
satu je yang aku ingat masa blaja dekat cini jadi trend kalau ko popular bila2 masa je kat bawah meja ko leh ade chocalate cadbury ke ferollelose ke..
aku selalu gak raba bawah meja kot kot ade orang nak bagi aku choc tapi hampeh..paling tinggi pun aku penah dapat surat ja yang bole buat peluh aku menjejes bila aku teringat balik sekolah ni sekolah pompuan huhuhu

last sekali aku pun menyambung pelajaran aku di (mpcb) mara profesional kolej of beranang...
dekat sinilah aku membesar sebenarnyer sampai jadi manusia hahahaha yang nakal & gilok..

dekat sini lagi banyak kenangan..nantilah aku cerita..khas punya entry
oklah dah jadi syarat tag menge"tag" ni aku kena tag orang...aduhai sapa ek
1~mis nierah
2~pak dogol
3~tue
4~fiezah91
5~paanm
apa macam? ok tak

Thursday, February 18, 2010

suka suki saye


hari ni tajuk entry kita suka suki suka hati suki suka suka hati akulah hehehe
skrg jam dkt dashboard menunjukkan pukul 9.58 mlm ceh mcm dlm keter lak
semua dah buat~dah settle lah org kampung katakan

mandi~DONE
mkan~DONE

solat~DONE
gromming~DONE
psg ubat nyamuk karen~DONE kalau tak psg nanti ibu mbebel

ok dah bole duk dpn pc ~lg pun ade org tu khusyuk tgk citer antu kan kan
mula2 kita buka fesbuk 'itu wajib!!!!


ngok ngek ngok ngek bdebab bedebub


ok selesai~~


buka blog lak
tetiba nampak ni


tara!!!!

ade no ekor (perhatian!!beli no ekor adlah haram ye adik2 sekalian) dkt situ hahahaha..no dia unic 111 pastu ade 1888 pastu ade 3~wah manyak ong ma

sapelah pemengang no 111 tu baek ngaku!!!aku nk bg keter dkt dia ni.smping tuh aku nk ucapkan tima kasih yg tidak terhingga kepada visitor2 yng setia~tanpa reader & visitor sapalah aku ni ek./sayang kamu semua!!



ok selesai~



nak citer menda lain lak lah




lagu kat atas ni tajuk dia drama king



suke lak dengar lagu ni `org kata diaorg nyanyi untuk lan..lantak korang lah kan.yang gaduh korg bukan aku :=D.oklah ni namanyer gaduh secara sihat kot.esok lusa lan lak buat lagu untk korg.teringin gak nk dengar

apa2 pun sore black bole tahanlh berganding ngan hazama~psst dulu aku admire dkt black.tapi dululah skrg dah tak sbb black tu suke peluk2 ahaks

apa-apa pun bagi 4 1/2 bintng dekat lagu ni~tu bintang eh bukan binatang

oleh sebab tajuk entry ni pun suka suki.....so suka hati lah kan nak lompat topic ehehehe

sebenarnyer lagu tu saje tuju untuk org yg dh wat kecoh td.yelah tak nk bertanggungjawb lak td..biarkan org laen lak dpt nama bucuk. ish ish mcm2 manusia dlm dunia ni kan.knapa mesti ade sifat yg mcm tu.padahal taw lama kelamaan org laen akan tahu juga.masa tu kepercayaan org pun dah let go je.kan susah.susah sgt ke nak jadi baek?


entahlah

dahlah cukup smpai disini~nanti ade masa kita sory mory agi taw taw~dah penat!! padahal baru type berapa line je.kurng daya tahan tullah

Saturday, January 9, 2010

ingin menulis...

saya ingin menulis..
dalam kepala saya ada banyak benda..
tapi buat masa & ketika ini saya tak larat..

sekarang hanya mampu type beberapa patah perkataan je.. tengoklah tengah malam nanti kemungkinan jumlah entry akan meningkat dengan mendadaknya

sapa tau

saya pun tak tau
tak larat...


saya teringin nak masuk childhood contest tu

tapi mcm mana nak wat sticky mood punya entry

ada org tau...ajar ye

pleaseeee


makin tak larat


~nurul ladyana~

Wednesday, January 6, 2010

siyes saya sangat...


~Part oNe~

Saya secara seriusnya ingin mengumumkan bahawa saya sangat…tersangat…teramat…terlalu…& ter ter yang sewaktu denganya…

mengantuk hari ni

Dari tadi entah berapa kali meguap, siyes saya tak tau…

Alahai apa masalah kau mata

Kalau kata tak cukup tido kau memang penipu…dah berkilo-kilo taik mata ko buat…huh

Sebab kau juga aku terlepas citer tari kirana huwaaa ~ rindu nak tengok makcik Isabella

Bangun pagi pun kepala melelong..reasonnya terlebih tido sudah.

Jadi pegajaranya yang boleh di kutip disini…wahai cik nuwul;

kurangkan waktu tido anda

Tido lah berpada-pada

Ingat dunia kalau tido

Jangan terikut sangat nafsuu tido itu

Cukuplah tido 7-6 jam sehari

Banyak lagi benda yang kau boleh buat selain tido!!!



~Part tWo~

Keje lak bertimbun!!

Makin buat…eh eh makin banyak lak dia

Rasanya baru habis buat…eh ada lagi rupanya

Alahai

Rasa meja keje ni pun dah tak muat dah

Siyes nak mintak meja lebih…kertas dah bertimbun-timbun

Saya pun tak tau nak humban mana dah

Alahai

Dulu masa belajar tergedik-gedik nak keje

Syok dapat gaji..nak beli beg..gincu..lipstik..baju lawa-lawa..psp..handphone huuuh

Tapi bila dah keje….errr

Alamak boss datangGG

Daaaa~~



Sunday, January 3, 2010

1st enTry nihhh



AssalaMualaikUm kepada semua pembaCa...errr ade ke orang nak baca~

tak kisahlah hohoho
hari ni blog ni dah ber umur sehariiii...huyeeeee

sejak blog ini diberanakkan semalam ...tuan nyer terlalu excited untuk menempekkan segala jenis mak nenek widgets dengan rakusnya disekitar blog ini agar dia berasa puas hahahaha (ketawa jahat).

tak kisahlah apa orang nak kata~'janji aku bahagia sudah' itu bisik hati saya.

sehinggakan terlupa tujuan utama blog ini di lahirkan..jadi sekarang saya telah kembali ke pangkal jalan..maka tertulislah entry ini yang saya tak tahu ape hala tuju nya
oklah sapa saya???
saya nurul....

saya orang biasa..bukan artis..tak glamer pun

perangai: adalah sikit kebudak-budakkan..gila sikit..mmm mungkin banyak~ikut keadaan sebenarnya.
fizikal; pendek je tapi saya tetap bersyukur dengan kurniaan ilahi~tetap ingat semua ni pinjaman jew..nanti kena pulang juga.
sifat; kelam-kabut tapi tanpa diduga boleh menjadi tenang setenang tenangnya ~ni jarang-jarang berlaku.



saya suka makan buah~yum yum sedappp



saya suka shoppingggg~pembetulan :WINDOW shopping sebenarnya ~
jangan amalkan...jimat cermat amalan mulia ya adik-adik sekalian



beshnya kalau dapat shopping mcm tu;'sabarlah wahai nurul...jaga nafsu shoppingmu itu'

kita teruskan...
saya suka musizzz ~ minat yuna...+gitar
saya akan pastikan esok lusa yuna pulak minat saya hahahaha.... oppss





saya suka photographic ~ nikon d80+d60+sb600+18-55 errrr ade sesiapa taw mana ade jual murah benda ni bg tau sye ok (ma soul)







memang kalau dapat benda ni habis semua gambar saya amik..gamba saya...saya...saya...saya lg....~ ya Allah seronoknya

itulah saya ehehehe kalau tulis lagi..lagi banyak gambar saya letak ~tak pelah nanti free-free sambung
balik
part 2 pulak

bersambung....

~nurul ladyana~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails