BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Sunday, February 27, 2011

cinta tiada noktah




melayan lagu-lagu diatas mengingatkan aku pada cerita cinta ibu dan abah...so sweet....teringat masa abah dekat wad menghadapi masa-masa kritikal ibu jaga abah dan tak nak lepaskan tangan abah...kadang-kala masa tua bergini makna cinta mungkin lebih indah bukan?

semoga kemo abah kali ni berjalan dengan lancar~~amin~~
abah kuat chaiyok-chaiyokk

Thursday, December 30, 2010

rio ferdinand puji pasukan malaysia!!!



malaysiaaaaa menagggg huyeeee huyeeee
eh malaysia menang apa??? bagi yang tak tau malaysia menang AFF Suzuki Cup 2010
selepas 14 tahun kita duk nganga je tengok orang pegang piala tu finale kita berjaya juga bawa balik...
siapa kata perempuan tak tau pasal bola hahaha..
ok apa yg lebih membanggakan rio ferdinand turut memuji pasukan kita.tak percaya????
ini buktinya

dia kata

Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team

wahhhh bangga tak banggaa???

tapi malaysia memang menunjukkan semangat juang yang sangat tinggi semasa perlawanaan ini walau pun mereka terpaksa masuk ke dalam stadium mengunakan kereta perisai!!! mak aik macam nak pi berperang lak permain kita ni

apa-apa pun kita ucapkan taniah buat pasukan kebangsaan kita MALAYSIA

jom tengok gol-gol kita~~


Wednesday, December 29, 2010

hidup seperti membeli shawl yang sanggat cantik tapi....


dear incik diary yang hensem

hidup ini kadang kala sukar dijangka..
contohnya kita jalan-jalan terpandang satu shawl yang memang cantik dalam hati melonjak-lonjak nak beli. dah lama mengidam nak beli shawl ni..
tengok pulak harga dia 50 % lebih murah dari harga asal...
dalam hati berbisik "ish kalau tak rembat sekarang belum tentu lagi dapat jumpa shawl secantik ini dengan harga yang berbaloi" mata pun jadi juling sekejap...
maka dengan lahapnya amik shawl tersebut lalu bayar dengan senang hati akhirnya shawl pujaan hati dalam gengaman
mula terbayang mesti anggun kalau aku pakai ni..ish pakai dengan baju ni mesti masuk...ish boleh pakai pi dinner ni...
sampai dalam keter rasa teruja membuak buak...
rasa nak cium je shawl tu...tapii?
ehh huwaaaaa koyakkkkkkkkkkkk
rasa macam nak nages
ishhhh kenapa tak cek awal-awal tadi..bodohnya akuuu..kenapa cuai sanggat ni..kenapa????
nak menyesal? tak de guna..nak mintak tukar? beli dekat supermarket kot yang main scan-scan tu mana bole return???
akhirnya hanya redha..berpikir-pikir bole tak diperbaiki lagi...
rasa teruja yang teramat sanggat akan kecantikkan yang tiada taranya
kesudahannya aku jadi menyesal tak sudah.....
wahai hati janganlah tertipu pada kecantikkan duniawi yang belum tentu cantik sepenuhnya didalam
wahai hati janganlah tertipu pada pandangan pertama yang mengujakan sebaiknya pandanglah sekali lagi..berkali kali pun tak pe... tak rugi kot...
macam tulah juga dengan kehidupan
kita sering kali tertipu terpedaya pada pandangan pertama
pada kecantikkan bila sudah terperdaya sukar rasanya untuk menahan rasa kecewa :(
pengajarannya janganlah tergesa-gesa membuat keputusan keatas benda yang tak mungkin kita betulkan kembali....kalau betulkan pun takkan sama dengan pandangan pertama yang mengujakan...

Tuesday, December 21, 2010

Beware!!! wahai para lelaki dan wanita ~Empat Golongan Lelaki ke Neraka

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.

AMIN YARABBALALAMIN

Sunday, December 19, 2010

lamborghini? apa tu?kuih pau ke?

"eh u tak tengok tv3 ke? citer auto ada lamborghini tau"
"ada ek? ok i nak tanya, u tengok i boleh tak i beli keter tu?"
"2 juta kot?tak payahlah u pakai mini chopper je tau"
"ok kalau i beli u jangan naek hahahaha(ketawa jahat)"
"eh??huwaaaaaaa kejam"
lamborghini tu apa? sila baca dekat bawah ya

alamak pintu dia tolak ke atas ek? (jakun) ish silap hari blh boleh patah pintu tu i kejekan

perghhh memang cun lah beb....kalau i dapat ni memang 300km/hrs i pecut hahahaha..makan hasap je lah uoll (belum dapat dah riak comfirm tak dpt hahahaha)


hiasan dalaman yang sangat macho......hensemnye lah ko lamboghini....kalau u
olll
nak tau kalau nak reverse tak payah toleh-toleh buat sakit leher je..dia ada kamera yang uoll boleh reverse dengan selamatnya..apa macam nak amik satu ke? sila sediakan RM1,700,000.00
ada berani?tapi berani pun tak guna juga kalau duit elekk...sudahlah pi buat keleja


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails