BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Tuesday, January 26, 2010

duit macam air ke air macam duit...



perhatian ni bukan artikel yang nak suruh anda join apa2~tak de masa taw.ni luahan hati dan perasaan ja.sekian.
duit macam air ke air macam duit..?
hai beshnyer kalau air macam duit

setuju tak kalau saya kata setakat limo puluh hinggit tu nilai dia sama jo ngan 50 sen pada zaman purbakala.
setuju tak kalau saya kata apa aku nk kata ek?....

tak po lupakan..

secara jujurnyer mesti anda-anda dkt luar sana tertunggu-tunggu bilolah nak dapat gaji..tak pun duit ptptn..tak pun biasiswa jpa...tak pun duit elaun.tak pun duit kutu.tak pun...haish tak kisahlah duit apa-apa pun.
lagi-lagi kalau duit-duit tu semua kuarnyer sebulan sekali.
nak nak yang asyik tertunggak ja.
memang agak sakit..terdesak..sesak..semualah yang sewaktu dengannya.
lebih-lebih lagi kalau kos sara diri yang tinggi

akulah antara org yang tertunggu-tunggu tuh

saya tak pastilah dimana silapnya yelah bila baru suku bulan duit dlm wallet dah tinggal warna merah.sekeping lak tuh.adus sakit!!!
apa cara yang terbaik agar kita tak merempat...agar tengok org makan starwberi cicah coklat tak meleleh air liur....

nak tarik nafas pun macam takut-takut.
apa jalan peyelesaian yang terbaik????
pinjam along?


mintak tolonglah sangat ..daripada ko pegi pinjam along baik amik pisau bunuh diri siap-siap.tak meyusahkan orang.

kalau dapat duit;

1.janganlah kuarkan semua!!!amboi mcm dia sorg ja ada duit.sampai sen-sen pun nak kuarkan.
contoh kalau dapat seribu inggit amiklah dalam 700 hinggit ja.lg 300 ratus tu jangan di amik.kalau leh amik simpan dekat bank yang tak do ATM.saya suggestkan tabung haji.memang terbaik.

2.buat bajet siap2~supaya duit yang ada tu tak terpesong kearah yang lain.kearah maksiat contohnya...walaupun kita tak semestinya nak ikut sebiji sejiban bajet tu sekurang-kurangya adalah pertunjuk atau penanda aras yang bole diikuti agar duit tu tak lah hilang tanpa dikesan.

3.ukur baju dibadan sendiri...contoh duit ado 50 inggit nak beli baju 200 inggit...ko rasa bole ker.kalau tanya budak sekolah tadika pun diaorg tau nk jawab apa.jadi paham-paham sendiri.

4.kurangkan meminjam.meminjam ni atas maksud pinjaman yang banyak ya.kalau setakat 20 sen tu...sy pun selalu..biasalah tu sila bayar balik ya.contoh dekat sini taraf pinjaman beribu riban...mintak tolong jauhkan diri.tak membantu pun.membebankan lagi adalah.ko seronok sekejap ja.



5.beringat-ingat~kita tak taw bila masa kita nk senang..bila masa kita nak susah.hidupkan macam roda.jadi simpanlah duit untuk masa kecemasan.kalau dah sakit ko nak korek duit dekat mana.nak gadai psp ko ke.ada org nak beli ker..ada kot...nak harap org ke?

agak-agak dia nak tolong? jarang-jarang kita nak jumpa org yang berhati mulia bersinar macam tu.

akhir kata dari saya jagalah kesihatan wallet anda tak kira apa warnanya.sekian.

berpesan-pesan~yeah

2 pengOmen ter..sayanG:

Akeji Hiroshi (formerly known as Mr. Ajai) said...

gadai psp, hahah.

psp pun aku takde.

teringat ader satu ceramah neh dulu.

kalo bawak 50 hengget ke supermarket, terasa miskin.

kalo bawak 50 hengget ke masjid pulak, terasa kaya ya amat.

adeh... :-j

NuRul said...

btul tu mr.ajai...kalau pegi masjid bawak seringgit je.owh sungguh tidak sopan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails