BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Monday, April 26, 2010

entah nak bagi tajuk apa pun aku tak tau

lama sungguh tak menjeguk blog sayang ini...
yelah bukan apa nak menulis pun kena ada mood kan..mood aku pulak dah ke laut beberapa minggu kebelakangan ni. nak kejar pun macam tak mampu je.jadi biarkanlah..nanti air surut dia datanglah balik ye tak? tarraaa hah kan dah datang balik (apa yang ko merepek ni labu) (*^*)
macam tulah kehidupan ada pasang surutnya
ada hari kita happy senyum sampai ke telinga..ketawa tak hinggat dunia
ada hari nak bangun pun macam malas je..rasa tak sanggup nak hadapi hidup
TAPI
kena ingat bila kau fikir hidup kau teruk kau silap sebab ada orang yang lagi teruk lagi susah kehidupannya...sepatutnya kita bersyukur diri kita antara orang terpilih untuk diuji...setiap orang ada bahagian masing-masing
jangan pernah megeluh
bersyukurlah..
okek tutup kes!!!

dah lama tak belek blog ni belek punya belek rupa-rupanya dah 3 bulan 3 minggu 3 hari usia blog ish..ish..dah tua ko ek
dari berumput tahap lalang sampai dah habis aku tebas semua rumput dah hahaha
tempek plak kaler putih ni..sejuk cikit mata.okek lah kalau aku rasa nak tukar aku tukarlah nanti.buat masa sekarang bersyukurlah dengan apa yang ada
apa-apa pun aku sangat berterima kasih buat semua follower aku yang ada 209 orang tolong tolak 1 ya sebab yang lagi sorang tu aku ahaks(ikut nasihat blogger senior kita kena follow blog sdiri baru tau entry kita masuk ke tak, bukan sebab aku suka-suka ya tuan-tuan dan puan-puan..aku memang sengal tapi tidak sesengal itu)
tak lupa juga buat sahabat-sahabat dan kawan-kawan blogger yang rajin memberi komen aku berjanji pada diri sendiri kalau aku akan me reply semua komen2 korang mulai hari ni...berusaha!!!
kalian punca untuk aku terus menulis..ceh dah macam ucapan apa dah
okek minggu ni adalah minggu yang sibuk dan banyak benda yang perlu aku selesaikan
antaranya:
1~website faQ***ini harus siap cepat
2~isi borang smbung study**bila dah nak buat tak sempat2
3~blajo bahsa orang putih.vocab aku sngat lemah
4~nak lawa kan lagi blog ahaks~~

p/s;buat sahabat-sahabat, keluarga-keluarga yang tak putus-putus bagi support dan semangat terima kasih kalian..jasa kalian tak mampu aku balas..
terima kasih doa kalian untuk abah cepat sembuh...walau sekuat mana kanser itu menganas sekuat itulah kami akan bertahan...

Saturday, April 24, 2010

~~~

Ya Allah..
kau kuatkan semangat abah..
kau tabahkan hatinya Ya Allah..
kau lindungilah dia..amin..

~nurul ladyana~

Friday, April 9, 2010

kepada playbot..ehh silap PLAYBOY itu


adalah dimaklumkan bahawasanya
entry ini dituju khas untuk insan-insan yang bergelar playboy,
ataupun merasa diri mereka playboy,
atau terasa macam terkena je bila sebut perkataan playboy tu,
atau dah pun pencen jadi playboy,
atau pernah menjadi mangsa playboy,
atau (ok cukup!! cik nurul dah penat,tak cukup nafap dah ni)
***kerja umah (cuba kira mana satu lagi banyak perkataan "playboy" ke perkataan "atau")

mari kita teruskan ya
incik-incik
puan-puan
sapa playboy sila angkat tangan?
ok dah dah turun
mmmm
kenapa korang jadi playboy erk??
kan ke lagi baik jadi ahli musik ada juga kegunaannya pada masyarakat

berikut adalah temuramah yang telah cik nurul buat beberapa bulan yang lalu tapi masih segar diingatan dengan seorang tuuuuuuuuuut (ni betul punya tau!! bukan auta)

kenapa jadi macam ni (playboy)~ni cik nurul yang tanya

***jawapan***
sebabnya dia muda lagi mestilah nak cari yang terBAIK..macam beli kereta mestilah nak pilih elok-elok kan.nak yang baik punya tak da calar (ok yang pasal kerta tu aku saja-saja tambah)

ok memang betul niat kau tu..nak cari calon bini bukan senang zaman sekarang ni.silap-silap pilih merana enkau jang
TAPI...

perlu ke dengan cakap i love u dekat pompuan ni...i miss u dekat pompuan tu...i rindu u dekat pompuan yang laen lak..perlu ke mepermain-mainkan hati seorang wanita(wah ayat tak boleh blah)
bukankah tu dah masuk kategori mepermainkan perasaan orang?? hah jawab!!

lagi satu pasal playboy ni...ada yang muka memang hensem...kalau pompuan tengok memang cair lah derr~ tu tak pa lah kot
TAPI
macam mana pulak yang suam-suam kuku, mat-mat skema???yang muka yang kalau tengok memang comfirm baek lah tapi tetiba rupanya playboy besar...ish ish ish...

sebenarnya kan bagi nurul pulak kalau nak jadi playboy pun kan biarlah jadi playboy yang ada etika atau pun yang profesional..jangan main redah je
profesionallah sikit der
sekali dua main kan perasaan orang kot orang tu jenis malas nak amik pot tak per.macam mana kalau kau jumpa orang yang pantang datuk nenek dia kena main macam tu...kot dia santau kan kau ha apa kau nak jawab tak ke naya...hah jawab sekarang...pikirlah
orang tua-tua ada berkata wanita yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik
JADI
perbaikilah diri dan peribadi & cantikan hati..
semoga dapat pasangan yang macam tu juga
amin
apa pendapat korang~~
mari sama-sama kita berubah
nurul ladyana

Wednesday, April 7, 2010

terasa diriku begitu dihargai


terasa diri benar-benar dihargai
ceh tak boleh tahan ayat
oklah sebenarnya dah lama dah dapat award ni cuma tak bekesempatan nak buat review dia.. aku memang betul-betul terharu (sambil kedip-kedip mata dan buat muka comel) tak sangka ada yang menghargai..tima kasih kepada:


2~akak sweetsal yang dah ada tiga anak

3~yang ni aku dh terpadam blog dia tanpa sengaja tak tau nak jejak dekat mana huuuuuuwaaa.tulunlah ngaku ya



dan anugerah kedua dari lp lum yang sangat misteri orangnya.......
tima kasih lp lum!!!! cyg awak


tima kasih korang semuua...rasa terharu masih menebal dalam diri ku....i lAP u all lah ahaks
entry dikala keleja(dah pio buat keleja)

Segitiga Bermuda~sampai bila nak jadi misteri??



korang pernah dengar pasal segitiga bermuda tak??
dari aku kecik lagi segitiga bermuda ni memang popular...
memang realiti seram terbaek lah tapi apa kebenda segitiga bermuda ni?
ok jom baca ni kejap

"Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai Segi Tiga Syaitan ("Devil"), merupakan kawasan di barat laut Lautan Atlantik di mana sejumlah kapal terbang dan kapal telah hilang dalam apa yang dikatakan sebagai keadaan yang melampaui sempadan kesilapan manusia atau akibat matapetaka semula jadi. "

ok untuk informasi korang antara yang pernah hilang dekat sini ialah Flight 19
gambar dia ada dekat bawah ni (ni gambar betul tau bukan memain)

"Flight 19 merupakan penerbangan latihan yang menggunakan pesawat pengebom TBM Avenger yang telah hilang pada 5 Disember, 1945 di atas perairan Lautan Atlantik. Mengikut tanggapan, penerbangan ini telah menempuh fenomena luar biasa dan bacaan-bacaan kompas yang janggal."

ok selain itu antara yang turut hilang di segitiga bermuda ni ialah The USS Cyclops (kapal yang dekat bawah nie, besar tak besar kapal ni?? macam mana bole hilang macam tu je dekat laut.kot kapal kecik macam sampan tu mau lah juga percaya dia karam ke apa kan

"Kemalangan ini menyebabkan kehilanggan jiwa yang terbesar dalam sejarah Tentera Laut A.S yang tidak berhubung kait dengan peperangan. Ia bermula apabila USS Cyclops dibawah arahan Lieutenant Commander G. W. Worley, hilang tanpa dapat dikesan bersama kira-kira 306 anak kapal pada 4 Mac 1918, selepas berlayar daripada Pulau Barbados"


ok jom baca lagi sedikit info pasal segitiga bermuda ni

"Sesetengah kehilangan tersebut telah disabitkan dengan paranormal, penggantungan hukum fizik, atau aktiviti oleh makhluk asing oleh budaya popular.
Sungguhpun terdapat banyak dokumen yang menunjukkan kebanyakan kejadian telah disalah lapor atau ditokok tambah oleh pengarang berikutnya, dan kebanyakan agensi rasmi telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa jumlah kehilangan tidak dianggap menonjol menurut anggaran mereka, kebanyakan kehilangan kekal tidak dijelaskan sungguhpun penyiasatan mendalam dilakukan mengenainya."

mungkinkah macam gambo dekat bawah ni kapal tersebut ditelan segitiga bermuda...mmm sadisnya..




ok yang dekat bawah ni ada sedikit fakta mengenai segitiga bermuda ni

"Christopher Columbus merupakan orang pertama merekodkan sesuatu yang ganjil dalam Segi tiga Bermuda, melaporkan bahawa dia dan anak kapalnya melihat "cahaya pelik menari-nari di kaki langit", api di langit, dan pada titik lain dia menulis mengenai bacaan kompas luar biasa di kawasan tersebut. Dalam buku lognya, bertarikh 11 Oktober 1492 "

macam-macam teori dah di buat..ada alien lah..hantulah


tetapi didalam pelbagai spekulasi yang dibuat sebenarnya beberapa kajian telah dibuat dan fakta yang boleh dikaitkan telah ditemui antaranya :

1.Hidrat Metana
Ujian makmal yang dilakukan di Australia telah membuktikan bahawa buih sebenarnya mampu menenggelamkan model kapal berskala dengan mengurangkan ketumpatan air dan sebarang sampah yang timbul ke permukaan akan disebarkan dengan pantas oleh Arus Teluk.
Ia telah dinyatakan secara hipotesis bahawa letupan metana berkala (kadang kala dikenali sebagai "gunung berapi lumpur") mungkin menghasilkan kawasan air berbuih yang tidak lagi mampu memberikan apungan yang mencukupi bagi kapal. Sekiranya ini berlaku, kawasan sedemikian yang terbentuk pada sekeliling kapal, mampu menenggelamkannya dengan pantas dan tanpa memberi apa-apa sebarang petanda.

2. Hurikan
Hurikan adalah ribut yang amat kuat yang berasal dari Atlantik berhampiran khatulistiwa, dan berdasarkan sejarah telah bertanggung jawab bagi kehilangan beribu-ribu nyawa dan kerosakan bernilai berbilion dolar. Penengelaman armada Sepanyol Francisco de Bobadilla pada 1502 merupakan rekod pertama mengenai kemusnahan hurikan.

3.Arus Teluk
Arus teluk merupakan arus laut yang berasal dari Teluk Mexico, dan merentasi Selat Florida, ke lautan Atlantik Utara. Pada asasnya, ia merupakan sungai di laut, dan sebagaimana sungai lain, ia mampu dan membawa objek terapung. Kapal terbang kecil yang mendarat di air atau bot yang mengalami kerosakan enjin akan di bawa lari dari kedudukan dilapurkannya oleh arus, sebagaimana yang berlaku kepada kruiser kabin (cabin cruiser) Witchcraft pada 22 Disember 1967, apabila ia melaporkan kerosakan enjin berhampiran boya penanda satu batu (1.6 km) dari pantai Miami , tetapi tidak kelihatan apabila bot Pengawal Pantai tiba di sana..


ok sebenarnya kalau nak diikutkan banyak lagi teori yang melibatkan segitiga bermuda ini tapi kalau nak belek satu persatu memang sampai esok pun tak habis..apa-apa pun sampai sekarang segitiga bermuda ni masih lagi misteri...hmmm
tapi bagi aku pulak tulah keajaiban ciptaan Allah...ada yang tersurat & tersirat..sekian
hanya nak kongsi ilmu
sumber dari pakcik google & wikipedia yang baik hati.

popular searches mampu menarik beribu riban visitor ke blog kita??

salah satu cara nak tambah visitor dalam blog adalah dengan mengunakan keyword yang memang popular itu kata orang.
setakat ni aku belum membuat sebarang kajian saintifik lagi mengenai keberkesanan teori tersebut
ok ini statistik yang aku dapat dari yahoo tentang popular searches dekat malaysia ni..setakat 9 April 2010.calon-calonnya adalah
  • 1. Anwar Ibrahim ~~ternyata rakyat malaysia sangat berminat dengan cerita anwar ibrahim...memang panas sepanas goreng pisang panas sampai berada di tempat pertama ~terlalu taksubkah rakyat malaysia dengan politik????...opsss tak mau komen lebih-lebih i tak cukup duit nak bayar saman(nak beli lipstik pun tercungap-cungap)
  • 2. Erra Fazira ~~ wah jatuh tempat kedua primadona kita ni..kenapa orang malaysia ni duk search dia ekk...mmm sapa kata erra dah tak popular nookkk..orang search musti sebab nak tengok anak erra yang tomey2 tuh...kan kan kan
  • 3. Jobs Malaysia ~~ sekarang ni rakyat malaysia dah tak main dah cari kerja pakai paper semua guna tenet jek..senanglah kununya...kununya
***hah yang dekat bawah tu tak reti nak komen...tak paham pun kenapa orang cari pasal tu...aku budak-budak lagi(budak-budak ya cik nurul)
jadi terbukti berkesan ke popular keyword ni?? jadi kalau nak tau trylah buat satu entry pasal erra fazira ke..kerja kosong ke...pastu try tengok jumlah visitor korang naik ke tak naik..nanti bagi tau lah i okek.jadi renungkan & selamat beramal

Monday, April 5, 2010

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009!!!









SITI Nurhaliza dianugerah Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang  Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena All Stars, Genting Highlands, malam tadi.

dah puas tengok gambor kawan?
moh kita baca berita pulak

SITI Nurhaliza dianugerah Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 di Arena All Stars, Genting Highlands, malam tadi.

Muka baru mula serlah populariti: Remy, Tiz Zaqyah menang anugerah pelakon TV popular

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mencipta sejarah apabila buat kali ketujuh dipilih untuk gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009, di sini malam tadi.

Siti Nurhaliza, 31, yang meraih 225,300 undi, memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi, iaitu Aizat, Nabil, Faizal Tahir dan Fara Fauzana,

Berikutan kemenangan itu, beliau memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM330,000 iaitu kenderaan Nissan X-Trail 2.0L berharga RM130,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas bernilai RM150,000 tajaan Habib, perabot mewah bernilai RM30,000 tajaan Empire Classic Furniture serta pakej penginapan bernilai RM18,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi. Siti Nurhaliza sebelum ini memenangi gelaran ABPBH edisi 1996/97, 1998, 1999, 2000, 2001 dan 2004.
Sumber dari Berita Harian

tu berita dekat surat khabar
yang ni pulak ulasan dari aku pulak~~

#aku sanggaaaaaaaaaaaaaaaaaat suka opening bertenaga dari faizal tahir~~terjerit-jerit jap(dalam hati je..kalau betul-betul jerit terperanjat pulak ibu aku.gilok apa anak aku ni)

# aku suka bilo shiera bawak anak dia dekat atas pentas..pastu tunjuk siti nurhaliza jadi mak angkat dia ahaks (pandai ko pilih mak angkat dik)

#baju si watie....hmmmm no komen nokk

#aznil menang!!!!~taniah aznil ~agak sayu masa ni

#tiz zaqyah kena sound...(err perli kot lebih sesuai perkataan) dengan rosyam norr ahaks klakar2

#dah kenapa dengan si hafiz tuh masa perform...kok temengah-mengah dik..dah kenapa dengan kau

****Overalll sangat terhibur dengan ABPBH 2009 nie
korang macam mana

Friday, April 2, 2010

aku tak pergi mana cuma bertapa dekat air terjun dua tiga hari


tahu tak korang kalau hidup ini singkat?

sekali mata berkelip...boleh merubah seluruh kehidupan

kita tak pernah tahu erti hari esok...esok belum tentu kita disini


seselesa ini...


sederita ini..


sekaya ini..


semiskin ini...



jadi apa hak kita untuk pura-pura tidak tahu bahawa hidup umpama roda

tidak perlu kau menjadi terlalu egois pada diri mu

kesiahan dia

jadi beringat-ingatlah kawan



ok cukup bersastera-sastera!!!!

lamakan tak update blog syg ni...hehehhe

eh bukan saja-saja tak mahu update & saja biar blog bersawang

saja nak break sekejap dan buat satu anjakan paradigma (cehhh padahal baru lepas habis training kan...tu yang bersemangat..cuba tengok sebulan kemudian~haaish)

dan hasilnya?

wahhhh cukup beesh...terasa mendapat aura baru dalam hidup..korang trylah!!!

kerana perubahan tersebutlah...aku berjaya menyiapkan semuua kerja-kerja yang bertimbun atas meja...amazing

dan kerana itu kerja aku untuk akan datang menjadi lebih systematic

ok cukup yang itu...

baiklah penulisanya seterusnya hanya berkaitan dengan hal peribadi...bukan peribody okkkk!!!!

jadi sebagai peringatan mungkin korang boring..jadi tak yah baca ahakss

ok tapi kalau korang rajin boleh juga....

jom sambung baca(gaya gediksss)

actualy blog ni akan dibuat sedikit transformasi...yang penting aku takkan potong rumput aku tu ok!!!!!!!aku akan terus biarkan korang membaca entry aku kat atas tingkaap ni...(ada orang kata hehehe)

cuma akan di tambah benda2 yang baru

jadi kalau korang ngah baca entry tetiba tengok ada gajah..buat tak tau je...

tertiba gajah tu ada dekat atas!!! jangan takuut bukan blog berhantu ok!!!!

tu maksudnya aku ada dekat situ ngah berusaha keras kononnya nak hias blog!!! kununnya

jadi walau harimau ke yang muncul buat tak tau je tau....buat tak tau...ok tatatatatatata




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails