BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

syAng sye tak ?

Thursday, March 25, 2010

Cantik itu indahnya hati;Tip penjagaan wajah


ollllaaaa...sebenarnya dah beberapa minggu aku berada dalam keadaan kesihatan yang agak low..


selsema yang berterusan plus pulak dengan demam tapi tetap juga degil nak kerja...

padahal bukan aku buat kerja sangat pun ahak...ok enough cik nurul!!
then malam semalam pergilah klinik sebab tuan empunya body sangat tidak mampu dah.
doktor tu marah..tapi bukan marah aku ok..
dia marah doktor yang sebelum ni sebab tak bagi antibiotik..sampai dah kena jangkitan yang agak teruk juga....


dahlah tu ubat deman pun dia bagi upahmol tu hah..baik aku pergi farmasi kan...kan..kan.... kedai ah pau depan rumah aku pun ada jual..haish...tolonglah jadi doktor yang baik..mesti aku tak rasa menyampah nak datang lagi..


ok tutup kes!!!

hari ni nak cerita pasal cantik...

motto aku dari dulu sampai sekarang "cantik itu indahnya hati"...
sanggat percaya dengan ini...opss tapi jangan salah...aku masih lagi berusaha nak menjaga hati
aku belum merasa mendapat hati yang indah lagi...masih ada titik noda disana , disitu & disini untuk aku perbaikinya

masih perlu berusaha

oklah kalau secara fizikalnya..aku nak kongsi sikitlah product-product yang aku guna untuk cantiklah kononnya...kononnyalah ahaks...tapi tak cantik-cantik...


1. untuk toner aku guna nutri white (ginvera)

memang pilih yang ni sebab toner lain lebih kepada membersih + sekali mengikis kulit kita..kalau tak percaya lari sekarang then tengok ingredients toner korang mesti penuh dengan asid tu asid ni..kan...kot-kot dua tiga tahun kemudian kulit kemana toner kemana

kalau produck ginvera ni toner dia mengandungi white tea extract & vitamin c plus sekali biogel jadi bolelah guna tanpa was-was gitu


2.ok kalau pelembab atau krim aku guna olay white radiance

macam kelakar kan toner guna lain..tetiba cream guna lain..ada aku kisah..janji besh

tapi dalam banyak-banyak kream aku rasa aku sesuai guna olay..lagipun bonda aku dah berbelas-belas tahun guna olay ni..dan kulit dia memang jeles aku tengok

rasa nak tengok dua tiga kali

3.baby johnson milk bath

kata penjagaan muka tetiba masuk milk bath ni dah kenapa kau?

hah jangan silap..mungkin pelik sikit aku ni...selalunya sebelum cuci muka pagi-pagi tu..aku akan basuh muka dengan air suam then sapu baby johnson milk bath ni dekat muka..lepas tu biarkan dia kering sikit..konon-konon macam kita nak serap vitamin milk yang memang ada dalam bath ni.

hah lepas tu barulah kita gosok-gosok sikit then bilas dengan air diikuti pencuci muka..setakat ni hasilnya memang terasa lembut kulit muka..tapi kalau korang tak tahan please jangan buat.








4.ok lasttttt but not least is biore

tu pencuci yang aku guna..anti jerawat..kenapa guna sebab dah serasi dengan kulit muka aku yang keras ni kot hehehe

hah nak jadi macam i ? putih macam salji trylah...kalau tak jadi jangan marah ahaks(ni dialog kucen bukan aku!!)

5 pengOmen ter..sayanG:

Black: said...

aku nak try bole ??? nanti org panggil aku puteh plak... ahak3x

Unknown said...

seram la putih macam tu.tak.nak.haha.banyak seh habis duit.mukamuka.

.::WaNiE::. said...

saya pun pakai campur2 :D

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kina pun guna pencuci muka tuh. yg kaler pink tue...

kurang la sikit minyak kat muka nih. kalau x goreng telur pun blh masak!!

adesss...

pepun jgn guna BOTOX yew adik2...

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

hmm u r not the only person pakai pencuci muke lain, toner lain, i pun camtu. heheh... janji muke bersih, cun!

penting jugak jaga muke, kecantikan dan semua yang fizikal besides jaga hati bg bersih kan.

sebab lumrah manusia, 'judging a book by it's cover'

am i right or am i right? heheh.

xoxo

check out pretty pic at

www.ummitini.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails